Bernikah dengan Wawa: Aeril Zafrel akan jawab Jumaat ini

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Pelakon Aeril Zafrel, 26, akan mengadakan sidang akhbar khas Jumaat ini bagi menjelas dan menjawab segala kemelut yang melanda dirinya.

Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari yang ditemui pada lokasi penggambaran telefilem Cinta Mat Semperit di sini hari ini berkata, dia akan menjelaskan semua perkara pada hari Jumaat nanti.

"Semua perkara mengenai saya akan terjawab pada hari itu. Buat masa ini, saya tidak mahu membuat sebarang komen mengenai hal peribadi saya.

"Pada Jumaat ini, Wawa Zainal akan hadir sekali menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya semua pihak," kata Aeril tegas.

Jelas pelakon drama bersiri Cinta Jannah itu, dia mengambil tindakan untuk berdiam diri ketika ini tanpa memberi sebarang komen tentang kemelut itu kerana bersebab.

Dua hari lalu, kecoh apabila sebuah akhbar memaparkan berita mengenai Aeril dan pasangannya, pelakon Wawa Zainal, 21, sebenarnya telah mendaftar pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling pada 4 Februari lalu.

Malah mereka juga didakwa telah mempunyai seorang bayi lelaki bernama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu di sebuah hospital di sini.

Sementara itu, pengurusnya, Shariman Wahab, mahu pihak yang melaporkan berita mengenai pernikahan dan kelahiran bayi yang didakwa sebagai anak pasangan tersebut tampil membawa salinan dokumen sebagai bukti pendedahan tersebut pada sidang akhbar berkenaan nanti.

"Saya tidak bermaksud untuk mencabar sesiapa tetapi jika pihak berkenaan berani menyiarkan berita sedemikian, mana bahan bukti untuk mengesahkan laporan itu," katanya.

Related Posts:

  • 'Selangor ada banyak lagi Rangel' Kuala Lumpur: Barisan penyerang tempatan Selangor perlu membuktikan mereka juga mampu meledak tanpa penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel apabila pendahulu Liga Super itu turun berdepan Angkatan Tentera Malaysia (A… Read More
  • FIFA guna teknologi garisan gol di Brazil 14 kamera berkelajuan tinggi dipasang di gelanggang Piala Dunia tentukan bola lintasi garisan gol atau tidakRio De Janeiro: Teknologi garisan gol akan digunakan pada aksi Piala Dunia buat pertama kali dengan pengeluar t… Read More
  • Majlis pembukaan Piala Dunia 2014 bermula penuh warna warni SAO PAULO: Penyanyi pop terkenal antarabangsa, Jennifer Lopez atau lebih dikenali, J-Lo menjadi tarikan utama persembahan pembukaan Piala Dunia Brazil di Corinthians Arena, Sao Paulo dengan penuh warna warni dan simboli… Read More
  • Penyokong Jepun malu pengadil 'bantu' kemenangan BrazilTOKYO: Penyokong dan peminat bola sepak Jepun menunduk malu hari ini selepas pengadil negara itu, Yuichi Nishimura mencetuskan keputusan kontroversi pada perlawanan pembuka tirai Piala Dunia bagi 'membantu' kemenangan Braz… Read More
  • Kafe siber raih untung RM1j sebulan Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan ada kafe siber memperoleh keuntungan RM20,000 hingga RM30,000 sehari dan mencecah RM1 juta sebulan bergantung kepada jumlah mesin yang disediakan. Ketua Penolong … Read More