‘Saya tekad meledak lagi di Kuching pastikan Pahang ke final’
Kuantan: Selepas meledak dua gol ketika membantu Pahang menewaskan Sarawak 3-1 dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur malam kelmarin, Azamuddin Mohd Akil berjanji akan merobek gawang lawan lagi pada perlawanan timbal balik kedua di Stadium Negeri Kuching, Sabtu ini.
Semangat tinggi pemain yang lebih mesra dengan panggilan Alex itu bagaimanapun tidak sukar ditafsirkan kerana baginya impiannya untuk membantu skuad Tok Gajah mara ke final belum terjamin kerana masih ada baki 90 minit yang perlu diharungi.

“Memang saya gembira kerana impian membantu pasukan melakar
kemenangan di laman sendiri menjadi kenyataan. Saya juga berterima kasih
kepada rakan sepasukan yang bertungkus lumus untuk memastikan pasukan
mencatat kemenangan.
“Namun, perlu diingat misi masih belum berakhir kerana masih ada 90 minit yang perlu diharungi. Jadi, saya bertekad untuk meledak lagi di Kuching nanti sekali gus memastikan pasukan mara ke final,” katanya selepas perlawanan.
Sentap semangat lawan
Azamuddin berkata, kelebihan dua gol yang dimiliki memang melegakan, tetapi menegaskan ia tidak harus membuatkan dia dan rakan sepasukan terlalu dibuai kegembiraan memandangkan skuad Bujang Senang pasti bangkit untuk menebus kekalahan berkenaan.
“Pada perlawanan malam tadi (kelmarin), Sarawak berjaya menjaringkan satu gol disebabkan sedikit kelekaan tetapi bertandang ke gelanggang lawan nanti kami perlu lebih fokus sepanjang perlawanan.
“Kami perlu lebih mantap terutama di bahagian pertahanan bagi memastikan kelebihan dua gol ini dapat dipertahankan sambil saya dan rakan lain di jentera serangan akan cuba mencari gol awal bagi menyentap semangat pemain lawan,” katanya.