• =>

Saham KL Rendah Pada Tengahari

KUALA LUMPUR: Saham-saham di Bursa Malaysia rendah pada tengah hari dalam dagangan aktif, dengan minat dilihat pada saham-saham wajaran tinggi terpilih dan saham murah.

Pada rehat tengah hari, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.67 mata kepada 1,879.01, selepas mencatat paras tertinggi harian pada 1,886.39 pada sesi dagangan pagi.
Kedudukan pasaran negatif dengan saham rugi mengatasi saham untung sebanyak 342 berbanding 402, dengan 302 kaunter tidak berubah dan 39 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.02 bilion saham bernilai RM1.39 juta.

Di papan skor, Indeks Kewangan susut 12.58 mata kepada 17,341.53, Indeks Perladangan turun 32.17 mata kepada 9,059.6, manakala Indeks Perusahaan susut 2.89 mata kepada 3,252.22.

Indeks FBM Emas menokok 6.45 mata kepada 13,117.36, Indeks FBMT100 menambah 4.6 mata kepada 12,688.49, manakala FBM Ace menokok 44.26 mata kepada 7,070.56. FBM 70 bagaimanapun turun 20.55 mata kepada 14,363.54.

Antara saham aktif, PDZ Holdings menambah 1.5 sen kepada 18 sen, Sumated menokok setengah sen kepada 40.5 sen, manakala Talam Transform dan DGB Asia masing-masing meningkat satu sen kepada 12.5 sen dan 10.5 sen.
MAS tidak berubah pada 22 sen.

Bagi kaunter wajaran tinggi, TNB untung empat sen kepada RM12.44, Axiata menambah tiga sen kepada RM6.92, Sime Darby meningkat satu sen kepada RM9.67, Maybank tidak berubah pada RM9.91 manakala Public Bank susut enam sen kepada RM19.82. - BERNAMA

How to Set Up Monetization and a Google Adsense Account Through Youtube


Klik Sekali Iklan Untuk Membantu Admin Dan Blog Ini Beroperasi.

“My weakness is women!” - Caprice


Penyanyi hip hop , Caprice, muncul dengan lagu baru berjudul, 'Xde Hal Bro'. Lagu yang sedang berada di playlist ERA ini semakin diterima oleh pendengar  walaupun baru dua bulan dikeluarkan.

“Saya rasa sangat bertuah kerana lagu ini telah diterima ramai dan berada di dalam carta. Sudah lama lagu saya tidak kedengaran. Alhamdullilah kali ini menjadi dan semua boleh dengar. Terima kasih ERA fm".

Apa yang lebih menarik, Caprice telah membuat sebuah video klip tetapi bukan secara rasmi. Video klip rasmi akan siap hujung bulan September 2014. Tetapi adakah benar lagu ini diterima ramai kerana Caprice menampilkan seorang wanita cantik dalam video klip tersebut?

“Oh, dia bukan kekasih saya tetapi kawan saya. Saya pun tidak pasti disebabkan itu lagu ini diterima. Yang pasti lagu ini bertajuk 'Xde Hal Bro', sememangnya saya buat untuk menarik minat pendengar. Perkataan itu kan begitu senang diungkapkan. Jika dilihat, apabila kita bercakap dengan rakan-rakan, mesti ada perkataan takde hal la bro. Jadi bila masuk studio saya buat lagu terus teringat akan perkataan itu”.

Jika anda dengar dan lihat video klip lagu ini, ada sedikit lucah. Tetapi Caprice ada jawapan yang tesendiri. “Sebenarnya lagu ini maksudnya terus terang, tidak ada maksud tersirat. Dalam video klip di mana babak saya membawa wanita ke bilik hotel bukanlah suatu perkara yang lucah atau tidak sesuai. Tetapi ia hanya babak untuk menjayakan jalan cerita tersebut”.

Sebelum ini Caprice banyak juga buat lagu tetapi kebanyakkannya semua bercerita pasal wanita. Berbeza dengan lagu ini, ia dicipta mengikut gerak hati dengan yang sedang dirasa oleh Caprice sendiri.

Caprice mengakui dirinya bad boy apabila berhadapan dengan perkara seperti dating dengan wanita. “My weakness is women especially Neelofa and Kila Fairy”. Kenyataan berani dari Caprice. Untuk Hari Raya yang bakal tiba, Caprice akan beraya di rumah neneknya di Jelebu, Negeri Sembilan.

"Makan karipap cicah susu pekat manis” – Nas-T

Pernahkan anda makan karipap cicah susu pekat manis? Pelik kan? Tapi sebenarnya itu kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh Nas-T.

“Kenangan semasa saya kecil ketika sambutan Hari Raya yang tidak boleh saya lupakan apabila pakcik saya memakan karipap sambil cicah susu pekat manis. Saya pun tidak pasti apa rasanya. Kalau tanya saya memang agak pelik tetapi bagi pakcik saya, dia cakap sedap. Tetapi itulah kenangan di Hari Raya yang tidak boleh saya lupakan sehingga ke hari ini”.

Nas-T ada juga kenangan pahit apabila nenek kesayangan belah bapanya telah meninggal dunia tahun lepas. Jadi sambutan Hari Raya tahun lepas agak kurang meriah. Tetapi tidak mengapa, arwah telah menemui pencipta sebenar yang mana suatu hari nanti kita pula.

“Menu wajib masa Hari Raya, mesti kena ada satay, bubur kacang yang dimasak oleh emak saya sendiri. Sedap! Tetapi kami adik-beradik akan membantu emak di dapur. Rumah terbuka akan diadakan tetapi hanya untuk rakan-rakan rapat sahaja. Rumah saya kecil sahaja kalau nak buat besar-besar. Warna tema baju raya tahun ini saya banyak warna warni tetapi lebih kepada warna pastel. Tidak kurang juga ada pereka fesyen yang menaja Baju Raya kepada saya”.

Album Hit: 15 Senandung Aidilfitri

Setiap tahun tidak sah jika syarikat rakaman tidak mengeluarkan album raya. Jika ada album raya bolehlah didengar dan juga merasa suasana Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Oleh itu, Warner Music Malaysia telah menghasilkan sebuah album raya berjudul 15 Senandung Aidilfitri.

15 buah lagu-lagu Hari Raya disatukan dalam album kompilasi raya ini. Lebih menarik lagu dua buah lagu baru yang disampaikan oleh Soo Wincci yang bertajuk ‘Salam Aidilfitri’ dan ‘Syawal Tanpamu’ oleh NtahSape2Ntah. Selain dari itu terdapat juga lagu ‘Pulang’ dari Maya Karin. Melodi yang rancak dan semestinya anda turut akan bergoyang tatkala mendengar lagu ini.

Tidak kurang dengan itu, lagu nostalgia raya seperti lagu ‘Kurniaan Di Hari Raya’ dendangan Feminin, ‘Salam Aidilfitri’ dari Dato' Jamal Abdillah dan ‘Rindu Di Aidilfitri’ dari Ajai. Bagi anda yang meminati lagu raya duet boleh layan lagu ‘Bayangan Ilham’ nyanyian Akim, Nera dan Ray atau ‘Warkah’ dari Hafiz, Akim, Aril dan Datuk Haji Aznil.

Tidak ketinggalan lagu ‘Eratkan Jalinan’ nyanyian Aril, Dina, Fina dan Krill. Ada juga lagu ‘Hari Yang Ku Nanti’ dari Dina, Hazama dan Adira. Senang cerita, dapatkan album raya, 15 Senandung Aidilfitri di pasaran segera. Hanya RM 23.90 sahaja! Selamat menyanyi dan mendengar!

Maya Karin Tampilkan Ahli Keluarga Dalam Video Klip


Bagi yang tidak tahu, Maya Karin mempunyai sebuah lagu raya berjudul 'Pulang' yang dirakam tahun lepas. Lagu ciptaan Omar K ini berentak rancak dan sesuai untuk diperdengarkan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Maya sendiri suka akan lagu ini. "Saya suka lagu ini terutama bunyi lagu ini. Omar K memberi kebebasan kepada saya ketika kami merakam lagu ini. Saya juga mengharapkan semua sukakan lagu ini dan juga saya amat berharap lagu Pulang akan sentiasa dimainkan sampai bila-bila seperti lagu Raya yang lain".

Bercerita mengenai video klip ini, menurut Maya pengambaraan video klip ini agak last minute. "Video klip ini dilakukan  agak last minute. Jadi setelah berbincang denga pihak Warner Music, saya bagi cadangan buat di rumah saya dan panggil kesemua ahli keluarga untuk menjadi pembantu dalam video klip itu. Haa hasilnya anda lihatlah. Happening ahli keluarga saya! Saya gembira dapat melibatkan mereka dalam video klip saya".

Maya menambah, dengan menggunakan ahli keluarganya dalam video klip tersebut, ia memudahkan pengambaraan dan juga sudah ada keserasian antara mereka.

Maya ada cerita menarik ketika menyambut Hari Raya. "Kisah ini memang saya ingat sehingga kini. Masa itu umur saya 7 tahun. Ibu saya buat baju raya khas untuk saya. Ibu jahit sendiri. Tapi saya ini jenis lasak, jadi tidak sampai sejam baju itu sudah koyak. Nak tak nak, saya beraya dengan baju yang koyak", cerita Maya yang suka memakan lontong di pagi Raya.

Dalam perkembangan lain, bulan September adalah bulan bagi Maya Karin. Ini kerana bulan tersebut Maya akan sibuk dengan filem terbarunya iaitu Lagenda Budak Setan 3 dan juga pementasan Supermokh 2. Sibuk sungguh Maya Karin bulan September nanti ya. Buat peminat Maya Karin jangan lupa tanda tarikh untuk bertemu Maya di layar perak atau di pentas teater nanti!

Isteri Ezany 'Hilang' Ketika Sahur?

Belum lagi reda dengan pergolakkan rumahtangga penyanyi rock tanahair, timbul pula kisah rumahtangga seorang pelakon lelaki yang kini sibuk dengan perniagaan kicap dan belacan yang dikatakan semakin maju. Nama Ezany Nizariff, disebut semula kerana kisah pergolakkan rumahtangganya yang semakin goyah hingga menjadi kes polis.

Semua ini berlaku setelah Ezany telah membuat laporan polis kerana isterinya Lizda, dikatakan 'hilang' ketika beliau bangun untuk bersahur. Menurut sumber, Ezany bangun dari tidur dan mendapati isterinya tiada di rumah dan setelah diperiksa, beliau mendapati pintu utama rumahnya tidak berkunci. Puas dia menelefon telefon bimbit isterinya tetapi gagal dan Ezany turut cuba menelefon rumah keluarga Lizda di Labuan tetapi mereka tidak dimaklumkan apa-apa oleh Lizda tentang kepulangannya ke kampung.

Menurut Ezany lagi, dia mengakui bahawa perkahwinan mereka telah lama bermasalah dan tak menyangkal munculnya orang ketiga kerana Ezany turut melaporkan, isterinya itu disyaki melarikan diri bersama seorang lelaki dari Seri Kembangan, Puchong. Ezany telah melaporkan kes ini di Balai Polis Bandar Kinrara dan enggan mengulas lebih lanjut tentang isu ini. Semoga kes Ezany dan isterinya dapat diselesaikan dengan cara baik di bulan yang baik ini.

Izzue Islam Kecewa Dituduh Tidak Sensitif


Umum mengetahui mengenai tragedi yang menimpa pesawat MH17. Namun diatas kesedihan yang menimpa, ada juga beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan nama selebriti untuk meraih perhatian yang tidak sepatutnya.

Selebriti yang telah menjadi mangsa tersebut ialah Izzue Islam. Menurut Izzue atau lebih mesra dengan panggilan Pok Jue ini, dia kesal kerana ada pihak telah menggunakan akaun palsu yang menggunakan profil gambar dirinya. Pada status akaun tersebut ada beberapa status yang mengkritik tragedi MH17.

Menerusi akaun palsu itu, turut dicadangkan supaya syarikat penerbangan itu tidak lagi menghidangkan minuman keras dan meminta pramugari mereka menjaga aurat mereka. Perkara tersebut telah mendapat reaksi negatif dari peminat dan ada juga yang tidak mengetahui mengenai akaun tersebut adalah palsu.

Izzue dalam kenyataannya berharap agar pihak tidak bertanggungjawab ini segera hentikan perkara tersebut kerana ianya boleh menimbulkan perkara yang tidak senang kepada perasaan keluarga mangsa. Menurutnya lagi, ia turut memberi kesan negatif kepada dirinya dan dianggap sebagai seorang yang tidak sensitif dengan isu semasa.

Giliran Syazwan Zulkifli Pula Bersama Nelydia Senrose?

Kalau sebelum ni kecoh gosip keintiman antara Nelydia Senrose atau lebih mesra dikenali dengan Nelly, bersama pasangan drama bersiri mereka iaitu aktor gagah dan kacak Sharnaaz Ahmad, baru-baru ini lain pula pasangan yang digosipkan. Kali ini pasangan terbaru Nelly adalah bersama seorang pelakon muda Syazwan Zulkifli yang katanya semakin berani memuat naik gambar mesra mereka di laman instagram milik jejaka ini. Ini semua gara-gara keintiman mereka berlakon di dalam sebuah telemovie kalau tak salah akan ditayangkan pada hari raya nanti.

Menurut sumber, keintiman yang boleh dilihat adalah lebih kurang sama sewaktu Nelly digandingkan bersama Sharnaaz dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang ditayangkan pada awal tahun ini. Disebabkan gosip gambar yang mesra itu, telah membuatkan timbulnya krisis dalaman antara Sharnaaz dan teman lelaki sebenar Nelly iaitu Qi Razali. Hasilnya, drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta, benar-benar terkesan dan mendapat jumlah penonton yang ramai.

Kali ini, Nelly seolah-olah memasang strategi yang sama cuma kali ini pasangannya berbeza. Pasanglah macam mana pun strategi, kalau demi kebaikan untuk melariskan telemovie anda tu, mungkin boleh diterima, tetapi bagaimana pula dengan reaksi, hati dan perasaan sang kekasih yang bernama Qi itu? Harap beliau boleh bersikap profesional.

Lisa Turut Rasa Simpati Penderitaan Gaza


Tidak dinafikan lagi, selebriti terkenal turut terkesan dengan peperangan yang sedang melanda bumi Gaza. Ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Astro, Lisa Surihani turut berkongsi simpati terhadap apa yang sedang berlaku di tanah Palestin. Menurutnya lagi, setiap kali melihat laman sosial mengenai penderitaan mereka, rasa sebak dan sayu terus menyelubungi perasaan dirinya apatah lagi apabila melibatkan anak-anak kecil.

Hanya doa dapat dikirimkan selain bersyukur kerana dapat hidup di bumi yang bertuah kini. Lisa Surihani, turut berharap agar segalanya dapat dipulihkan dengan segera. Sementara itu, isteri kepada Yusry ini turut berkongsi cerita mengenai persiapan Ramadhan ketika ini dan Syawal yang bakal menjelma kelak.

Ramadhan pada kali ini merupakan bulan yang penuh bermakna memandangkan dia tidak terlibat dengan sebarang penggambaran filem ataupun drama. Masa yang terluang digunakan sebaiknya bersama rakan-rakan dan lebih banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan.

Mengenai persiapan Syawal pula, Lisa seperti setiap tahun akan memilih secara besederhana ketika membeli belah. Dia lebih gemar fokus kepada pakaian yang dipakai di pagi raya selain dari menu juadah kerana mereka sekeluarga akan pulang berhari raya di Gopeng, Perak sebelum pulang ke ibu kota pada minggu yang seterusnya. Perancangan untuk membuat rumah terbuka turut belum diputuskan dan akan dimaklumkan kepada pihak media selepas diputuskan kelak katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Hafiz Berjimat Cermat Untuk Raya Tahun Ini


Bertemu dengan penyanyi bersuara hebat di majlis berbuka puasa dan sidang media memperkenalkan barisan pelakon untuk alih suara filem Despicable Me 2, Hafiz, nampak wajahnya berseri-seri. Al maklumlah orang tengah dilamun cinta. Kita tinggalkan kisah tersebut, apa kata kita bercerita mengenai watak yang dilakonkan oleh Hafiz dalam filem Despicable Me 2.

“Watak kali ini berbeza dengan watak saya sebelum ini yang mana saya perlu berlakon secara serius.  Saya memegang watak sebagai Antonio yang memerlukan saya berlakon secara macho, cool dan serius. Saya ini berkarakter yang happy go luck jadi dengan watak sebgitu saya perlu belajar. Saya buat rujukan dengan menonton semula filem tersebut. Saya lihat bagaimana cara pembawakan watak tersebut”.

Sebenarnya Hafiz telah banyak berlakon tetapi hanya alih suara. Hafiz lebih selesa berlakon alih suara daripada berlakon sebenar kerana ia lebih menyeronokkan. Tetapi ini tidak bermakna Hafiz menjadikan bidang alih suara ini sebagai bidang utamanya kerana bidang utamanya tetap nyanyian.

Pada bulan puasa pula Hafiz kurangkan persembahan tetapi jika ada undangan dan kena dengan masanya dia akan terima juga. “Memandangkan saya ada restoran sendiri, jadi masa ini saya utamakan kepada restoran saya. Sebelum ini saya sibuk sangat jadi bila bulan puasa ini, saya kurangkan sedikit persembahan, hanya hadir jika perlu sahaja. Jadi adalah masa untuk saya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan saya serta untuk bersama keluarga. Ahli keluarga saya semua di sini sekarang. Jadi bulan puasa memang kami berkumpul di kedai. Kiranya restoran sudah jadi tempat berkumpul”.

“Persiapan Hari Raya untuk tahun ini pula, saya hanya buat ala kadar sahaja. Berjimat cermat itu lagi elok. Kami sekeluarga akan berpakaian sedondon”, kata Hafiz yang bakal beraya bersama kekasihnya juga.

Menyentuh sedikit mengenai peperangan yang sedang melanda Gaza, Hafiz turut berkongsi rasa sedih. “Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Apa yang boleh kita buat adalah banyakkan berdoa agar Allah melindungi penduduk Palestin. Saya berasa sakit hati juga melihat dengan apa yang berlaku. Walaupun kita tidak dapat membantu secara tenaga dan fizikal tetapi berdoa dan menghulurkan bantuan dari segi kewangan, InsyaAllah itu sedikit sebanyak boleh membantu”.

Ana Raffali Bakal Bergelar Ibu

Rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t, berkat kesabaran yang tinggi selepas kira-kira dua tahun mendirikan rumah tangga akhirnya penyanyi 'Tolong Ingatkan Aku' ini telah disahkan mengandung oleh doktor. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Ana kepada peminat menerusi laman sosial instagram.

Diantara kapsyen didalam gambar tersebut adalah: "Alhamdulillah, berkat doa dan kasih sayang. Terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami. ;)"

Bukan itu saja, pada gambar tersebut turut disertakan patung lego yang menggambarkan dirinya amat bahagia disamping suami yang tersayang. Rata-rata peminat setia penyanyi ini turut gembira dengan berita baik tersebut dan mendoakan agar semuanya berjalan lancar kelak.

Ana dalam masa yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kebahagian rumah tangganya selain berjanji akan menjaga kandungannya sebaik mungkin. Sekali lagi, tahniah kepada pasangan ini semoga berbahagia selalu!

Cara The Jespers 'Menyambut Hari Raya'


The Jespers menambah keceriaan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2014 dengan melancarkan lagu raya istimewa terbaru daripada mereka berjudul ‘Menyambut Hari Raya’. ‘Menyambut Hari Raya’ telah mendapat reaksi yang sangat positif dari peminat muzik tanahair apabila kini sudah mencapai lebih 1500 views hanya di dalam tempoh beberapa hari selepas dilancarkan di YouTube minggu lalu.

Lagu raya ini merupakan buah tangan daripada The Jespers khas kepada seluruh umat Islam di negara ini di dalam menanti kehadiran Syawal. ‘Menyambut Hari Raya’ merupakan hasil karya sepenuhnya Nash, vokalis The Jespers, selaku penulis dan pencipta lagu tersebut. Istimewanya lagu raya ini cukup fresh dan catchy sudah pasti akan menepati citarasa semua pendengar muzik masa kini dan menambah keceriaan sambutan di Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Dari dulu lagi saya memang mengimpikan untuk menghasilkan sebuah karya lagu raya untuk semua. Selepas hampir  6 tahun bermain muzik, akhirnya saya diilhamkan dengan Menyambut Hari Raya. Berdasarkan rentak dan lirik lagu yang diselitkan elemen-elemen kemeriahan sambutan di hari perayaan, kami yakin  lagu ini mampu menarik minat semua golongan dan bukan sahaja pada perayaan  Aidilfitri pada kali ini, malah juga di masa akan datang”, kata Nash.

“Saya akan pulang ke Pahang beraya di kampung halaman bersama keluarga. Begitu juga anggota The Jespers yang lain seperti Muiz (pemain bass) dan Peakay (pemain drum), selepas pulang ke Kuala Lumpur nanti baru kami akan menyambut hari raya bersama dan mengadakan persembahan di majlis rumah terbuka nanti bagi merancakkan lagi aktiviti promosi  Menyambut Hari Raya”, tambah Nash lagi.

Band yang  sedang meningkat popular ini dianggotai oleh 3 orang pemuzik berbakat iaitu Nash, Muiz dan Peakay telah pun ditubuhkan seawal tahun 2009. Kemunculan single 'Bangkit' pada Januari 2014 telah berjaya menarik minat peminat muzik tanah air apabila lagu ini kerap mendapat permintaan daripada pendengar dan seringkali diputarkan di stesyen radio tanah air.

Zain & Che Ta Bakal Timang Anak Perempuan!

Pasangan romantik, Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau Che Ta bakal menimang cahaya mata perempuan!
Berita gembira jantina bayi mereka disahkan secara eksklusif dalam hLive! pada jam 1 petang tadi di Astro Ria 104 dan Astro Maya HD 135.

Teruja dengan ketibaan puteri mereka, Zain dan Che Ta sudah mempunyai nama untuk bayi perempuan mereka. Selain nama, aktres ini turut akui telah membeli kelengkapan persalinan bayi mereka.

“Actually saya sudah beli gaun, lahir-lahir sahaja anak kami akan pakai gaun. Pakaian semua saya beli waktu kami pergi ke London baru-baru ini”, jelas Che Ta ketika ditemubual oleh hos lokasi hlive!, CK Faizal.

Tambah Zain lagi, “Untuk nama pula saya pilih nama pertama bayi ini. Dia bakal mempunyai tiga nama, lagi dua saya serahkan pada Che Ta”. Sementara itu, Zain mengakui tidak mempunyai masalah melayan kerenah Che Ta yang sering mengidam sepanjang tempoh kehamilannya.

 “Dia pernah dia meminta saya untuk mencari Ramly Burger yang dijual di tepi jalan pada pukul 4 pagi. Saya turutkan saja." Che Ta yang kini hamil selama 24 minggu dijadualkan bersalin pada awal November nanti.

Wan Azizah calon tunggal MB Selangor


Petaling Jaya: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal digugurkan daripada jawatannya apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengumumkan Adun Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal.

Pengumuman ini dilakukan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat di ibu pejabat malam tadi.

"Selepas mendapat konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor, kita putuskan hanya satu nama akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

"Nama itu ialah presiden parti iaitu Wan Azizah," katanya.

Bagaimanapun Anwar tidak memberikan sebab kenapa hanya nama Wan Azizah dicalonkan untuk menggantikan Abdul Khalid.

Diterajang enggan bermadu

Kuala Lumpur: Tindakan seorang isteri enggan membenarkan suami berkahwin lain menyebabkan dia diterajang ala kung fu oleh suaminya hingga terpelanting.

Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa berusia 31 tahun dibelasah mangsa di kediaman mereka di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kelmarin.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menyediakan juadah berbuka puasa sebelum suaminya tiba-tiba memberitahu hasrat mahu berkahwin lagi.

Menurutnya, mangsa yang tersentak dengan permintaan itu bagaimanapun memberitahu tidak bersetuju dengan rancangan suaminya untuk bernikah lagi.

Padah tertekan butang

Gerik : Seorang remaja maut selepas lif pemunggah barang menghempap bahagian kepalanya dalam kejadian di sebuah kedai ubat di sini kira-kira jam 7.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Manab Baharom berkata, mangsa Noor Syarmila Abu, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat pendarahan teruk.

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan oleh rakan sekerja mangsa berhubung kejadian itu sebelum segera ke tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang baru bekerja beberapa minggu lalu tertekan butang ketika berada hampir dengan lif pengangkut barang itu menyebabkan menghempap bahagian kepalanya. 

"Mangsa berasal dari Kampung Bandariang Bersia di sini difahamkan akan menyambung pelajaran di sebuah universiti tempatan pada September ini," katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk pengebumian.

Katanya, tiada unsur jenayah ditemui berhampiran kawasan kejadian; walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

Lelaki disangka monyet tertembak atas pokok


Serian: Seorang lelaki yang disangka monyet maut ditembak dengan senapang patah di atas pokok langsat oleh rakannya di sebuah dusun buah-buahan di Kampung Tubi Mawang, Tebedu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, polis bersama penduduk kampung mengambil masa sejam untuk menurunkan mayat Bungkau Kakok, 42, (gambar) yang tersangkut pada ketinggian sembilan meter.
Mangsa disahkan mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di dada dan mayat dihantar ke Hospital Serian untuk bedah siasat.

Tanpa pengetahuan rakan

Sumber berkata, berkata mangsa dipercayai memanjat pokok langsat berkenaan untuk mengambil langsat tanpa pengetahuan rakannya yang meronda di dusun terbabit.

“Dalam keadaan cuaca semakin gelap, rakan mangsa menyangka Bungkau adalah monyet apabila melihat pokok itu bergoyang dan buah langsat jatuh.

“Rakan mangsa membidik senapang patahnya ke arah pokok dan melepaskan tembakan sebelum mendengar suara orang mengerang kesakitan di atas pokok,” katanya, di sini.
Katanya, seorang penduduk kampung yang berada berhampiran menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian, D eputi Sup erintendan Chung Aik Peng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menahan seorang lelaki berusia 74 tahun bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas selaras senapang patah, kelongsong peluru, peluru hidup dan pakaian dipakai suspek di rumahnya kira-kira jam 8.15 malam pada hari kejadian.

“Dia direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pemisah Ukraine serah dua kotak hitam MH17 kepada Malaysia


TERKINI: Pemisah Ukraine serahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada Malaysia sebentar tadi.

Gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine.
Sementara itu, wartawan BH, Hardi Effendi Yaacob yang kini berada di Ukraine, melaporkan pemberontak Donetsk People's Republic menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Grabovo, Donetsk kepada wakil Kerajaan Malaysia kira-kira.jam 1 pagi tadi (6 pagi waktu Malaysia).

Ia sekali gus mengakhiri misteri kehilangan dua kotak hitam berkenaan dari lokasi kejadian yang sebelum ini dilaporkan dihantar ke Moscow, Russia oleh kumpulan pemisah terbabit.

Penyerahan kotak hitam itu, yang mempunyai data penerbangan MH17 dipercayai dapat membantu proses siasatan punca sebenar nahas pesawat berkenaan ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lalu, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Ia diserahkan sendiri oleh ketua pemberontak, Alexander Borodai kepada wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Delegasi Pasukan Siasatan Khas Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun tidak.mengulas lanjut.
Bagaimanapun, sumber memberitahu BH, kedua-dua kotak itu didapati berada dalam keadaan baik walaupun pada bahagian luarnya mengalami sedikit kerosakan.

"Tumpuan penyiasatan untuk meneliti maklumat MH17 dari mula berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol, Amsterdam sehingga ke titik koordinat terakhirnya kehilangan komunikasi dengan menara kawalan (ATC) sebelum.dilaporkan ditemui terhempas dan terbakar.

"Kita juga berharap ia mengandungi rakaman apa yang berlaku dalam kokpit sebelum kejadian," katanya.

Lubuk Bisnes Kad Kahwin

Pelakon Izreen Azminda-Muhammad Riza sah bercerai dengan talak satu


KUALA LUMPUR: Pelakon, Izreen Azminda, 29, sah diceraikan dengan talak satu oleh Muhammad Riza Baharuddin di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi semalam.

Perbicaraan kes cerai mereka berlangsung dalam keadaan tenang, malah tiada wakil media yang hadir ketika sebutan kes berlangsung.
Sebelum ini, BH pernah melaporkan menerusi sumber bahawa Riza, 31, dilaporkan melafazkan cerai ke atas Izreen di Pulau Pinang pada 16 Mei lalu ketika pelakon itu menjalani penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, siaran TV3.

Bagaimanapun, Riza kemudian tampil mempertikaikan apa yang terjadi.

Ketika dihubungi petang tadi, Izreen menjelaskan beliau tidak menuntut apa-apa daripada bekas suami, selain kebajikan untuk anak mereka, Adrian Umar.

“Kami juga takkan berebut soal menjaga anak. Riza boleh ambil Umar bila-bila masa beliau mahu. Yalah, kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi memang kerja tidak mengikut waktu. Cuma secara mutlaknya, hak jagaan anak adalah milik saya," katanya.

Izreen mengaku lega kerana semua kemelut dapat diselesaikan dengan baik.
Demi anak, Izreen dan bekas suami juga sepakat untuk terus berkawan.

“Cuma apa yang saya minta sekarang, hentikanlah cerita bukan-bukan, yang mengaitkan diri saya mahupun Riza dengan perkara tidak benar. Ada yang kononnya mengaitkan saya dengan pelakon lelaki lain, yang dikatakan antara punca kami berpisah. Tidak kurang juga yang mengatakan Riza ada perempuan lain.

“Berilah ruang kepada kami untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak dengan cara berasingan. Dengan apa yang terjadi, saya juga enggan memikirkan soal pengganti,” katanya.

Izreen dan Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Adrian Umar, 10 bulan.

ANGKARA SIAPA?

Kuala Lumpur: Siapakah yang menembak jatuh MH17 dan mengapa? Pelbagai pihak dan negara mula menuding ke arah lawan masing-masing, tetapi semua yang disyaki enggan mengaku.

Kerajaan Ukraine mendakwa pengganas pro-Russia menembak jatuh pesawat itu menggunakan peluru berpandu jenis Buk yang dibekalkan tentera Russia.

Presiden Russia, Vladimir Putin pula menyalahkan kempen ketenteraan Ukraine terhadap kumpulan pemisah sebagai punca kejadian.

Katanya, tragedi itu tidak akan berlaku jika tiada operasi ketenteraan oleh kerajaan Ukraine dan menambah “yang jelas kerajaan yang menguasai wilayah itu mesti bertanggungjawab terhadap tragedi yang menakutkan ini”.

Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) pula memihak Ukraine dengan berpendapat Ukraine tidak mempunyai keupayaan untuk menembak jatuh pesawat.

Bagaimanapun, yang jelas ketiga-tiga pihak iaitu Russia, Ukraine dan pemisah pro-Russia itu memiliki peluru berpandu Buk.

Nahas MH17: Kotak hitam dipercayai sudah berada di Moscow

Ukraine: Permainan tarik tali untuk memiliki kotak hitam pesawat MH17 kini bermula dengan laporan menyatakan alat itu yang satu-satunya boleh merungkai kepada kejadian sebenar insiden kemalangan pesawat malang berkenaan, sedang dibawa ke Moscow.

Pakar penerbangan berkata, kotak hitam itu yang mengandungi rakaman suara dan data kokpit boleh memberikan keputusan jelas sama ada ia ditembak jatuh atau dari arah mana misil peluru berpandu dilancarkan.

Memetik laporan The Telegraph menyebut alat rakaman suara dan data dalam pesawat Boeing 777 seperti dimiliki MH17 adalah antara yang tercanggih dalam kelas penggunaan pesawat awam.
Kami sudah tentu akan memberikan (kotak rakaman) kepada IAC di Moscow” Andrei Purgin, Timbalan Perdana Menteri Republik Donetsk

Bagaimanapun, ia mungkin sudah terlambat untuk mendapatkan semua kotak hitam berkenaan walaupun ada gesaan daripada pemimpin seluruh dunia seperti Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang mahukan penyiasat antarabangsa diberikan akses sepenuhnya kepada lokasi nahas.

Agensi berita Interfax melaporkan puak pemisah Russia di Ukraine sudah menemui kotak hitam itu dan bersetuju untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa keselamatan udara Russia.

Timbalan Perdana Menteri Republik Donetsk yang diiktiraf sendiri oleh pemisah, Andrei Purgin memberitahu Interfax; “Sudah tentu, kami sudah tentu akan memberikan (kotak rakaman) kepada Jawatankuasa Penerbangan Antara Negeri (IAC) di Moscow”.

Jawatankuasa itu menempatkan pakar bertaraf tinggi yang boleh menentukan dengan tepat punca kemalangan.
Mana-mana pakar yang mempunyai akses kepada kotak hitam mampu memanipulasi maklumat yang terkandung di dalam alat berkenaan daripada saat-saat akhir penerbangan dan boleh menghalang penyiasat daripada melakukan analisis yang telus.

Stesen radio Russia, Kommersant FM juga melaporkan kotak hitam itu kini dibawa ke Moscow.

Perlu ada akses sepenuhnya

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata; “Sebuah badan antarabangsa mesti mempunyai akses sepenuhnya kepada lokasi nahas dan tiada sesiapa pun boleh masuk ke dalam kawasan itu, atau memindahkan mana-mana sisa nahas termasuk kotak hitam.”

Beliau berkata, pihak berkuasa Ukraine berjanji untuk memasukkan pasukan Malaysia menyertai pasukan siasatan nahas selain mengadakan rundingan dengan tentera pemisah untuk mewujudkan ‘koridor misi kemanusiaan’ di lokasi nahas.

Bekas Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat (NTSB), Deborah Hersman yang juga salah seorang penyiasat kemalangan utama dunia, memberitahu NBC; “Dalam tempoh 24 hingga 48 jam seterusnya, perkara utama ialah untuk mencari empat bahagian pesawat dan yang paling penting ialah rakaman data pesawat serta rakaman suara kokpit.”

“Dua alat itu akan memberikan maklumat paling berguna mengenai apa yang sebenarnya terjadi pada saat-saat akhir sebelum nahas berlaku.”

Hersman berkata, konflik di Ukraine sedikit sebanyak akan menjejaskan proses siasatan.

Katanya, adalah penting supaya tiada bahan bukti yang diusik dalam apa cara sekali pun di lokasi nahas.

Kotak hitam MH17 tidak diserahkan kepada Ukraine - Jurucakap

KIEV: Majlis Keselamatan Ukraine berkata, kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lalu tidak diserahkan kepada kerajaan Ukraine.

Jurucakapnya, Andriy Lysenko berkata setakat ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya.
“Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kotak hitam. "Tiada salah seorang daripada mereka telah menyerahkan kotak hitam itu kepada Ukraine,” katanya.

Beliau juga mengulai pendirian Kiev bahawa pihaknya bersetuju mengadakan gencatan senjata jika pemberontak meletakkan senjata mereka, menyerahkan kawalan sempadan dan membenarkan pemantau antarabangsa untuk menyiasat tempat kejadian. - - REUTERS

Gadis rela nikah usia 16 tahun


Anak sulung ringan beban keluarga

BACHOK: "Demi cinta kami sanggup berkahwin pada usia muda walaupun suami baru berusia 18 tahun," kata Ekin, 16, (bukan nama sebenar) yang selamat diijabkabulkan malam tadi.
Ekin yang hanya belajar sehingga Tingkatan Empat berkata, walaupun pernikahannya akan menjadi ‘buah mulut’ penduduk kampung, beliau sanggup menghadapi demi kasihnya kepada suami.
Apa yang saya harapkan dari perkahwinan ini adalah supaya rumah tangga saya kekal hingga ke akhir hayat bersama suami dan kami akan buktikan kepada masyarakat yang berkahwin pada usia yang muda bukan menjadi satu masalah dalam alam perkahwinan. - Ekin

“Saya adalah anak sulung daripada lima beradik dan adik bongsu saya sekarang baru berusia dua tahun.

“Demi mereka, saya sanggup berkahwin muda supaya bebanan yang terpaksa ditanggung bapa lebih ringan tambahan lagi dia sendiri sudah berkahwin baru selepas kematian ibu pada 2008,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya, di sini semalam.

Mengimbas perkenalannya dengan suami dikenali sebagai Izad (bukan nama sebenar), Ekin berkata, ia bermula dua tahun lalu ketika mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kandis, Bachok.

“Ketika itu saya berada di Tingkatan Tiga dan akan menempuh Penilaian Menengah Rendah (PMR) manakala Izad berada di Tingkatan Lima dan akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
Ekin berkata, suaminya bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Perak selepas mendapat keputusan agak membanggakan dalam peperiksaan SPM, baru-baru ini.

Katanya, dia akan tinggal bersama adik-adiknya selepas suaminya menyambung pelajaran.

Ekin berkata, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri walaupun tanggungjawab itu adalah tugas yang sukar untuk dia laksanakan terutama pada usia yang muda.

“Apa yang saya harapkan dari perkahwinan ini adalah supaya rumah tangga saya kekal hingga ke akhir hayat bersama suami dan kami akan buktikan kepada masyarakat yang berkahwin pada usia yang muda bukan menjadi satu masalah dalam alam perkahwinan,” katanya.

MH17: Nenek tiri Najib antara penumpang pesawat

KUALA LUMPUR: Nenek tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara penumpang di dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

Menurut laporan The Star Online, Siti Amirah Prawira Kusuma, 83, dalam perjalanan menuju ke Jogjakarta, Indonesia dari Amsterdam dan dijadualkan melakukan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu seorang saudara Siti Amirah berkata dia berseorangan dalam perjalanan itu.

“Beliau adalah seorang wanita yang sangat baik. Seorang wanita yang baik hati dan jelita. Beliau adalah seorang suri rumah tangga yang menjaga datuk saya dengan baik. Kami memanggilnya sebagai ibu,” kata jurucakap keluarga itu, Datin Dr Faridah Abdullah kepada The Star Online.

Siti Amirah pernah berkahwin dengan Tan Sri Mohammad Noah Omar sebagai isteri keduanya.

Mohammad Noah yang meninggal dunia pada tahun 1990, adalah datuk kepada Najib.

MH17: 181 mangsa korban dijumpai

UKRAINE: Pekerja-pekerja kecemasan meneruskan usaha pencarian di kawasan bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas yang dipercayai ditembak oleh puak pelampau di Ukraine dekat sempadan Russia malam tadi.

Menurut Menteri Luar Ukraine Andriy Sybiga, 181 mayat telah ditemui pada Jumaat.

Sybiga turut berkata kesemua mangsa korban akan dihantar kepada Kharkiv, sebuah agensi kerajaan untuk dikenalpasti.

MAS dalam kenyataannya berkata, mangsa terkorban termasuk dari Belanda seramai 189 orang, Malaysia (44), United Kingdom (9), Belgium (4), Jerman (4), Filipina (3), Kanada (1) dan New Zealand (1).

Pihak Ukraine telah mula mengadakan siasatan di peringkat antarabangsa untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab ke atas serangan pesawat MH17 tersebut, walaupun laluan ke lokasi insiden sukar dan berbahaya.

Kawasan insiden itu terletak berdekatan dengan ibu kota Donesk, yang merupakan daerah puak pemisah bangkit menentang rejim Kiev April lalu.

Puak pemisah Ukraine telah bersetuju untuk menghulurkan bantuan ke atas siasatan insiden yang menimpa pesawat MH17 tersebut dan turut menjanjikan laluan selamat untuk pihak penyiasat antarabangsa ke kawasan nahas itu.

Kiev membantah kenyataan tersebut dengan mengatakan pihak pemisah telah menghalang pegawai-pegawai Ukraine tiba ke lokasi nahas tersebut.

MH17: Keluarga juruterbang ingin jasadnya dikebumikan di Malaysia

KUALA KANGSAR: Keluarga juruterbang MH17 berharap jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin dapat dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung mereka di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

Menurut anak-anak saudaranya, mereka masih menanti kepastian mengenai senarai mangsa pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia.

Menurut Nur Sufizah Duzuki, Kapten Wan Amran yang mereka panggil Ayah Ran memang rapat dengan anak-anak saudaranya dan cukup sinonim dengan angka tujuh.

“Dia memang pemurah, baik hati, rendah diri walaupun dia tu orang kata berpelajaran dan ‘low profile’ serta orang tidak menjangkakan bahawa beliau adalah seorang juruterbang,” katanya.

Kata Nur Sufizah, angka tujuh seperti amat bermakna bagi diri bapa saudaranya itu.

Nur Sufizah juga berkata dia tidak menyangka bahawa ‘Ayah Ran’ yang bekerja di atas kapal terbang akan meninggal di dalam pesawat.

Katanya lagi, Ayah Ran juga seorang yang berpengaruh di dalam keluarganya dan sering mejadi rujukan mereka.

Seorang lagi anak saudara Kapten Wan Amran, iaitu Nor Suazlin Duzuki pula memberitahu bapa saudaranya itu seorang yang amat taat suruhan agama, merendah diri dan sentiasa mengutamakan keluarganya.

Katanya Kapten Wan Amran juga dikatakan telah menelefonnya untuk bertanya khabar sambil memberitahu bahawa beliau akan melawat mereka pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Nor Suazlin ketika ditemui di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar berkata,  pakciknya itu juga sempat membina sebuah rumah sebagai hadiah kepada arwah ibunya yang mennjadi peninggalan terakhir Kapten Wan Amran untuk mengumpulkan ahli keluarganya.

“Saya rapat dengan bapa saudara saya itu, dan dia juga rapat dengan saya. Dia murah hati dan penyayang tidak kira siapa-siapa pun.

“Memang terkejut sangat la tadi tengok berita rasa macam tak percaya sangat selagi tak tengok muka dia tak keluar dekat suratkhabar. Tiba-tiba pagi tadi beli suratkhabar memang betul sah muka dia dengan nama dia sekali tertera,” katanya.

Tambahnya, bapa saudaranya itu sentiasa mengambil berat tentang dirinya.

“Tambah pula saya nak dekat bersalin ni dia kata cukup ke duit tu… dia memang sentiasa ambil berat,” kata Nor Suazlin.

Katanya lagi, simpati yang selama ini dirasai selama ni ketika melihat mangsa pesawat MH370 telah dapat difahami apabila tragedi yang sama kena pada ahli keluarganya.

“Barulah saya faham masa tu perasaan famili orang lain… macam mana sedih kehilangan orang yang paling kita sayang tambah tambah lagi isteri kepada Ayah Ran tidak bekerja,” katanya.

Menurut Nur Suazlin lagi, Wan Amran yang mempunyai dua anak kecil sentiasa memastikan keluarganya dalam keadaan baik.

Jangan percaya khabar angin ada serangan pengganas di pantai timur Sabah - Komander ESSCOM

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan sekali lagi menafikan berlaku keadaan huru-hara di beberapa lokasi di Sabah yang kononnya akibat serangan kumpulan pengganas.

Komander ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, berkata keadaan keselamatan di seluruh negeri ini termasuk di pantai timur terkawal serta tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak panik serta jangan mudah mempercayai khabar angin disebarkan melalui laman sosial dan aplikasi WhatsApp, kononnya keadaan keselamatan di Sabah terancam.

"Saya tak faham apa tujuan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat sedemikian, ia tiada asas kerana keadaan keselamatan di Sabah berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran khabar angin di laman sosial dan aplikasi WhatsApp, kononnya berlaku keadaan kacau bilau serta dakwaan kumpulan pengganas akan menyerang negeri ini.

MH17: Pasukan penyiasat Malaysia tiba di Kiev

KIEV: Pasukan siasatan khas dari Malaysia yang ditugaskan menyiasat insiden malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Borispol di sini.

Mereka tiba pukul 4 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) dengan menaiki pesawat sewaan khas Malaysia Airlines penerbangan MH5002 Kuala Lumpur-Kiev.

Pasukan terdiri daripada 131 anggota daripada pelbagai agensi antaranya Unit Forensik Polis dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan menjalankan siasatan mencari punca kejadian itu selain menguruskan tugas pasca insiden.

Turut serta adalah kakitangan JAKIM bagi membantu pengurusan jenazah.

Ketua delegasinya, Khairil Hilmi Mokhtar berkata, pasukan itu akan bertemu wakil kedutaan Malaysia terlebih dahulu.

"Terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan dahulu sebelum pasukan ini dibenarkan masuk ke lokasi kemalangan, antaranya jarak dari Kiev ke lokasi lebih 500 kilometer,"

"Kita dijangka berada di sini selama tujuh hari sehingga 25 haribulan, tetapi ia bergantung kepada keadaan semasa," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini memaklumkan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Ukraine dan Rusia bagi membenarkan pasukan siasatan khas Malaysia masuk ke lokasi kejadian.

Pada Khamis, pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 penumpang dan anak kapal dilaporkan terhempas di timur Ukraine ketika melalui ruang udara sempadan Ukraine-Rusia.

MH17: Jalur Gemilang dikibar separuh tiang

KUALA LUMPUR:

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk mengkibarkan bendera separuh tiang bermula malam tadi sehingga hari Isnin, dalam sebuah sidang media semalam.

Bendera Malaysia akan dikibar separuh tiang kerana negara sedang berkabung susulan nahas yang membabitkan penumpang dan anak kapal Penerbangan Malaysia MH17 di timur Ukraine pada Khamis.

Selain Malaysia, beberapa negara lain juga turut mengibarkan bendera negara masing-masing pada separuh tiang bagi mengingati tragedi pesawat MH17.


 


Pesawat Boeing 777 yang sedang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku.  

/news/show/mh17-jalur-gemilang-dikibar-separuh-tiang-40201?cp

Najib terima panggilan Ban Ki Moon, Putin ketika berbuka puasa

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama blogger dan pengamal media dalam talian, dilihat hanya sempat menjamah buah kurma sahaja apabila menerima panggilan beberapa pemimpin dunia susulan nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine.

Sebaik sahaja berbuka puasa di perkarangan Masjid Al-Muhammadi, Angkasapuri di sini, perdana menteri menerima panggilan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon.

Najib dilihat bercakap mengenai tragedi MH17 itu kira-kira 10 minit dengan Ban, sebelum beliau menunaikan solat Maghrib.

Selesai menunaikan solat Maghrib, beliau menerima panggilan daripada Presiden Rusia Vladimir Putin pula.

Pada mulanya, Najib dijadualkan membuat perutusan khas mengenai MH17 menerusi RTM1 pada 8.10 malam tadi, namun terpaksa menangguhkannya ke 11 malam ini berikutan panggilan beberapa pemimpin dunia itu.

Terdahulu, ketibaan Najib disambut warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diketuai menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Turut hadir Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

MH17: Putin jamin bantu pasukan penyiasat masuk kawasan insiden - Najib

KUALA LUMPUR: Presiden Rusia Vladimir Putin memberi jaminan untuk menggunakan pengaruhnya bagi membolehkan pasukan penyiasat memasuki kawasan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas, bagi memulakan siasatan berhubung tragedi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam perbualan telefon dengan Putin selepas berbuka puasa pada Jumaat, Presiden Rusia itu menyatakan Moscow memahami keperluan untuk menyelesaikan persoalan mengenai insiden berkenaan.

"Presiden Putin berkata beliau juga berharap Presiden Ukraine (Petro Poroshenko) bersetuju untuk gencatan senjata sementara untuk membolehkan pasukan siasatan ini memasuki kawasan pesawat terhempas.

"Dari segi pandangan Putin, beliau berkata pihak yang menguasai kawasan itu tentu hendak siasatan yang objektif dilakukan dan Putin turut berkata Rusia tiada kemampuan untuk menembak jatuh pesawat itu," kata Najib kepada pemberita selepas menerima panggilan daripada Putin.

Terdahulu, Najib menghadiri majlis berbuka puasa bersama media anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia di perkarangan Masjid Al-Muhammadi di Angkasapuri di sini.

Perdana Menteri berkata kumpulan yang menguasai kawasan MH17 terhempas dan kerajaan Ukraine mesti bersetuju melakukan gencatan senjata sementara bagi membolehkan pasukan penyiasat memasuki kawasan insiden secepat mungkin.

"Komitmen untuk gencatan senjata ada oleh kedua-dua pihak, tetapi ia perlu diterjemahkan dalam bentuk persetujuan...saya telah memberitahu Presiden Putin bahawa pasukan penyiasat kita telahpun berlepas ke Kiev dan bila sampai nanti, saya mahu mereka terus dibenarkan masuk ke kawasan itu," katanya.

Dalam perbualan telefon itu, Najib turut menegaskan kepada Putin mengenai perlunya pasukan penyiasat diberi kebenaran memasuki kawasan tragedi secepat mungkin untuk memulakan siasatan.

Menurutnya pasukan siasatan itu, dimana Malaysia perlu menjadi sebahagian daripadanya, harus diberikan jaminan dalam soal keselamatan semasa menjalankan tugas.

"Saya juga menegaskan (kepada Putin) betapa kawasan itu tidak boleh diganggu dan tidak diusik apa jua yang boleh disifatkan sebagai asas dalam siasatan nanti," katanya.

Ketika diitanya pihak mana yang bertanggungjawab terhadap insiden itu, Najib berkata Malaysia menjadi mangsa kepada pertembungan geopolitik yang sengit di kawasan itu.

Semasa mengulas mengenai penglibatan beberapa kuasa besar dunia terhadap insiden ini, beliau berkata perkara itu amat kompleks memandangkan semua mempunyai pandangan tersendiri dan bertentangan.

Najib juga berkata beliau belum ada rancangan untuk ke Kiev namun akan sentiasa berhubung dengan pemimpin-pemimpin tertentu.

Menurutnya semalam sahaja, beliau menerima panggilan daripada beberapa pemimpin negara lain termasuk Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Perdana Menteri Australia Tony Abbot, Perdana Menteri New Zealand John Key, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon dan Perdana Menteri Britain David Cameron.

Berhubung laporan pesawat MH17 ditembak jatuh dan pihak mana yang harus dipertangungjawabkan, Perdana Menteri berkata ia perlu disiasat sepenuhnya berdasarkan fakta dan bukti yang kukuh.

Najib berkata jika pesawat itu ditembak jatuh, siasatan forensik pasti dapat menentukannya kerana banyak bukti yang boleh ditemui daripada pesawat itu.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal  dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

Daripada 298 penumpang MH17, seramai 44 orang adalah warganegara Malaysia.

MH17: Wartawan Rusia letak jawatan, kecewa dengan liputan berat sebelah

MOSCOW: Seorang wartawan Rusia yang ditugaskan di London mengumumkan meletak jawatan dari tugasnya atas alasan sangat kecewa dengan cara liputan yang disiarkan oleh majikannya stesen televisyen RT (Russian Today) berkaitan pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas Khamis lalu.

Sara Firth adalah wartawan kedua dari stesen televisyen berbahasa Inggeris itu yang meletakkan jawatan. Mac lalu seorang lagi wartawan meletakkan jawatan dengan alasan kecewa dengan liputan stesen itu berkenaan krisis di Ukraine.

“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran,” kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.

Sementara itu stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia dalam reaksinya kepada AFP berkata “Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran”.

“Kami percaya kebenaran adalah dari kaca mata wartawan kami di lapangan dan bukan apa yang dilaporkan oleh akhbar di London,” kata Anna Belkina seorang jurucakap stesen itu menerusi e-mel.

Tambahnya, RT tidak terkejut dengan keputusan Firth itu kerana wartawan itu dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk bertukar kerja.

Perletakan jawatan Firth adalah insiden terbaru yang dihadapi oleh RT susulan banyak kritikan dan bidasan yang dilemparkan terhadap stesen itu terutamanya menerusi laman Twitter.

Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko mengambil rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

“Apa yang yang telah saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.

“Penipuan,” jawab Firth. “ Kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.

“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tambahnya.

Firth juga menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.

Laporan terakhirnya dari London adalah Selasa lalu.

Amerika Syarikat sebelum ini berkata mereka percaya pesawat MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak Ukraine.

Stesen RT bagaimanapun melaporkan pihak Ukraine yang harus dipersalahkan dengan mendakwa peluru berpandu telah dilancarkan oleh negara itu tanpa memaklumkan sistem terbabit juga berkemungkinan digunakan pihak kumpulan pemisah.

RT sememangnya menjadi tumpuan atas laporannya yang ternyata berat sebelah dan cenderung kepada Moscow terutamanya berkaitan krisis di Ukraine.

Mac lalu wartawannya, Liz Wahl membuat pengumuman meletak jawatan sewaktu satu siaran langsung.

RT sebaliknya menuduh Wahl hanya cuba mempromosi diri.

MH17: Pasukan penyiasat antarabangsa diganggu pemberontak

GRABOVE, Ukraine: Pasukan pemantau antarabangsa pertama tiba di lokasi MH 17 terhempas, berdepan kesukaran memulakan tugas pasca nahas.

Ia berikutan kekangan dan larangan dari pasukan pemisah pro Rusia.

Pasukan dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, OSCE, terdiri daripada 30 anggota itu hanya dibenarkan melakukan pemeriksaan awal.

Namun sebelum melaksanakan tugas-tugas khusus mereka, pasukan pemisah bertindak menghalau pasukan itu.

Pemisah mendakwa pasukan OSCE berada di Republik Rakyat Donetsk dan mereka dikehendaki melakukan tugasan berdasarkan kebenaran kerajaan.

Timbalan ketua misi, Alexander Hug memaklumkan, pasukannya tiba di lokasi untuk memastikan perimeter nahas dikawal.

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO dalam kenyataan sebelum ini turut memaklumkan akan menghantar pasukan ke Ukraine, untuk membantu siasatan nahas.

Sementara itu nasib kotak hitam pesawat sehingga kini masih menjadi tanda tanya dengan kedua-dua belah pihak, kerajaan Ukraine dan pemberontak mengaku memilikinya.

Kumpulan pemberontak juga sedang bertelagah sesama sendiri sama ada untuk membenarkan genjatan senjata dilaksanakan sementara pasukan penyiasat antarabangsa menjalankan tugas mereka dan mayat korban insidenitu dibawa keluar untuk dikebumikan.

Pemimpin kumpulan pemisah itu sebelum ini berjanji tidak akan mengusik lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan mengenai punca pesawat terhempas dijalankan.

Ini kerana katanya kumpulan itu tidak mempunyai sebarang perkara yang mahu dilindungi.

Dalam perkemangan lain, kerajaan Ukraine menyiarkan petikan sebuah video yang dikatakan memaparkan kenderaan peluru berpandu BUK dalam perjalanan keluar dari kawasan pemberontak menuju ke sempadan Rusia pada Jumaat.

Video yang tidak dapat dipastikan kesahihannya itu turut menunjukkan satu dari peluru berpandunya hilang.

MH17: Sepupu Hattan antara mangsa nahas pesawat

PUTRAJAYA: Sepupu penyanyi Datuk Mohd Shukri Sahabuddin atau Hattan adalah antara mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis malam.

Beliau berkata sepupunya Dora Shahila Kassim merupakan anak kapal yang bertugas dalam pesawat itu.

Ditemui pemberita selepas majlis taklimat untuk waris mangsa di sebuah hotel di sini Jumaat, beliau berkata beliau terkejut ketika menerima berita mengenai nahas pesawat Boeing 777 itu melalui aplikasi Whatsapps daripada isterinya Arianie Mohd Abidin.

"Isteri saya ialah bekas kru kabin dan sesetengah rakannya menghantar SMS dan Whatsapp kepadanya (mengenai nahas).

"Kemudian saya mendapatkan kepastian daripada Internet dan laporan berita. Saya dan isteri amat terkejut sehingga tidak tahu nak kata apa," katanya.

Hattan berkata turut terbabit dalam nahas ialah saudara terdekatnya Sherliza Zaini, 45, yang menaiki pesawat bersama suami dan tiga orang anak mereka.

Mereka sepatutnya ke Melbourne, Australia selepas transit di Kuala Lumpur.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak.

(Layan Lagu) Looking For You - Justin

(Layan Lagu) Tegar - Pantaskah Syurga Untukku

(Layan Lagu) Kasih Jangan Kau Pergi

Saman maksimum RM300 kepada pengguna laluan kecemasan

KUALA LUMPUR: Pemandu yang didapati menggunakan laluan kecemasan di lebuh raya di seluruh negara akan dikenakan denda maksimum RM300, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata kesalahan itu antara yang akan diutamakan oleh pihak berkuasa.

"Berdasarkan pengalaman, (apabila ada pemandu guna laluan kecemasan) kami mengalami kesukaran untuk melakukan kerja-kerja menyelamat jika berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Ops Selamat 5/2014 Sempena Aidilfitri, di sini, hari ini.

Sementara itu, Khalid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama agensi lain akan membuat rondaan di 60 lokasi 'hotspot' iaitu lokasi yang sering berlaku kemalangan serta menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

Op Selamat 5/ 2014 Sempena Aidilfitri akan berlangsung selama 15 hari bermula 21 Julai 2014.

Bertemakan 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi', Op Selamat itu memfokuskan keselesaan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berada dalam keadaan selamat. 

Polis Kuantan tahan wanita buli warga tua bagi bantu siasatan


KUANTAN: Polis menahan wanita yang bertindak ganas membuli seorang warga tua di parkir meletak kenderaan hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata, tempoh penahanan wanita terbabit bagaimanapun bergantung pada hasil siasatan.

Wanita ‘ganas’ terhadap warga emas dikutuk

Kuala Lumpur: Dalam tempoh 24 jam selepas videonya menjadi viral di Internet, wanita yang didakwa bertindak ganas terhadap seorang lelaki warga emas parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuantan pada Isnin lalu menjadi ‘bahan kutuk’ warga media sosial termasuk mewujudkan akaun Facebook (FB) khas semata-mata untuk mengecamnya.

Difahamkan, akaun FB milik wanita itu sudah ditutup berikutan menerima kecaman pelbagai pihak namun disebabkan tidak puas hati, ada individu tertentu mewujudkan akaun FB palsu menggunakan nama wanita itu semata-mata mahu memberi ‘peluang’ pengunjung ‘membelasah’ dia.

Pemantauan Harian Metro mendapati sekurang-kurangnya terdapat dua akaun FB khas diwujudkan untuk ‘membelasah’ wanita terbabit yang sudah mendapati lebih 1,000 ‘likes’ dalam tempoh 24 jam.

HARI BERTUAH KERANA ANDA MELAWAT BLOG INI

PERCAYA ATAU TIDAK, ITU ADALAH KENYATAANNYA.

SAYA DENGAN RENDAH DIRI MENAWARKAN BERMULA MALAM INI 07.45, TELAH MEMBUKA PELUANG UNTUK ANDA MEMILIKI SATU RAHSIA BESAR YANG SAYA RASA TERLALU MAHAL UNTUK DIBELI SEBELUM INI DAN DIMANA-MANA.

APA YANG MENARIKNYA, SAYA TELAH MEMBUKA PELUANG INI SEHINGGA ESOK TENGAHARI 12.00 SAHAJA.

SAYA BERIKAN ANDA KHABAR GEMBIRA SEKIRANYA ANDA INGIN MENJANA PENDAPATAN MELALUI GOOGLE ADSENSE, INI ADALAH PELUANG ANDA. SAYA BERIKAN JAMINAN YANG ANDA AKAN LULUS BUAT AKAUN GOOGLE ADSENSE DALAM TEMPOH KURANG DARI 3 JAM.

SO, APA YANG INGIN SAYA KONSIKAN BAHAWA, HARGA ASAL ADALAH RM75 DAN OFFER YANG DITAWARKAN RM45 DALAM BLOG SAYA YANG SATU LAGI.

TETAPI SAYA BERIKAN ANDA HARGA MENARIK IAITU HANYA RM20 SAHAJA, DALAM TEMPOH KURANG DARI 2-3 JAM SELEPAS PEMBELIAN, SAYA AKAN BERIKAN ANDA LINK UNTUK DOWNLOAD.

UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT YANG LEBIH LENGKAP, SILA KE BLOG JUALAN SAYA DI : http://niaga-laris.blogspot.com

Sentuhan dunia Gotze


Rio de Janeiro (Brazil): Jaringan tunggal Mario Gotze di masa tambahan bawa Jerman muncul juara piala dunia edisi ke-20 selepas menumpaskan Argentina, di Stadium Maracana, awal pagi ini.

Jerman memperoleh gol emas pada minit ke-113, apabila Gotze mendada bola selepas menerima hantaran silang daripada Schurrle sebelum menguis masuk dan menumpaskan Romero.

Argentina beraksi di final selepas kali terakhir melakukannya pada 1990, ketika mereka tewas 1-0 di tangan Jerman Barat manakala Jerman kali terakhir pada final 2002, tumpas di tangan Brazil 2-0.

Jerman memulakan babak pertama masa tambahan dengan baik apabila Schurrle berjaya melepasi benteng Argentina dan melakukan tolakan tetapi ditampan Romero.

Argentina pula meletakkan Palacio - masuk menggantikan Higuane - sebagai penyerang utama dan dibantu Messi dan Aguero.

Babak kedua menyaksikan penyerang Jerman, Schuerrle, memperoleh peluang terbaik buat pasukannya pada minit ke-37 tertapi ditampan kemas Sergio Romero.

Argentina nampak lebih berbahaya pada 45 minit pertama dan penyerang, Gonzalo Higuain adalah antaranya.

Penyerang Napoli itu gagal memanfaatkan peluang untuk meletakan Argentina di depan pada minit ke-21 apabila rembatannya tersasar jauh dari gawang Jerman walaupun hanya berdepan Neuer.

Jerman dan Argentina menurunkan kesebelasan utama tanpa melakukan sebarang pertukaran - barisan yang diturunkan pada pertembungan separuh akhir - dengan
Angel di Maria di bangku pemain simpanan.

Di Maria tidak beraksi selepas mengalami kecederaan paha ketika Argentina menumpaskan Belgium 1-0, padsa perlawanan suku akhir.

Pemain tengah Benfica, Enzo Perez akan menggantikan Di Maria dan beraksi bersama Javier Mascherano dan Lucas Biglia.

Jurulatih Argentina, Alejandro Sabella nampaknya terus memberi kepercayaan kepada barisan depan yang sama diketuai Lionel Messi yang diapit Gonzalo Higuain dan Ezequiel Lavezzi.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew pula masih menamakan kesebelasan utama ketika memalulam Brazil 7-1 di separuh akhir.


JERMAN: Manuel Neuer, Philipp Lahm, Jerome Boateng, Mats Hummels, Benedikt Hoewedes, Bastian Schweinsteiger, Christoph Kramer (Andre Schuerrle), Thomas Mueller, Toni Kroos, Mesut Ozil, Miroslav Klose.

ARGENTINA: Sergio Romero, Pablo Zabaleta, Martin Demichelis, Ezequiel Garay, Marcos Rojo, Lucas Biglia, Javier Mascherano, Enzo Perez, Gonzalo Higuain (Palacio), Lionel Messi, Ezequiel
Lavezzi (Sergio Aguero).

PENGADIL: Nicola Rizzoli (Itali)

Kambing berkepala dua


Jazan: Satu perkara pelik yang jarang terjadi di Arab Saudi berlaku apabila seekor kambing dilahirkan dengan dua kepala.

Menurut akhbar tempatan, kambing itu dilahirkan di sebuah ladang di Jazan, selatan negara itu dengan satu badan tetapi dua kepala.

Menurut pemiliknya, Abdo Jarab, ia kejadian yang jarang ditemuinya.

“Ia mempunyai satu badan tetapi dua kepala yang sempurna, dengan setiap kepala lengkap dengan dua mata dan mulut,” katanya kepada wartawan, semalam.

Termakan pujukan rakan

Kuala Lumpur: Pujukan rakan sebaya dipercayai menjadi punca seorang remaja perempuan yang juga pelajar cemerlang, Nor Fatin Abdul Halil, 16, melarikan diri dari rumah sejak 21 Mei lalu.

Difahamkan remaja terbabit meninggalkan rumah didiami di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan, Perak, sehelai sepinggang tanpa membawa pakaian dan MyKad.

Bapa saudara remaja terbabit, Mohd Suhaimi Mohd Ismail, 35, berkata, kehilangan Nor Fatin disedari oleh bapanya ketika dia mahu mengejutkan anak saudaranya itu untuk ke sekolah sekitar jam 6 pagi.

Menurutnya, bapanya bagaimanapun terkejut apabila mendapati Nor Fatin tidak berada di dalam bilik itu.
“Lebih menghairankan apabila pakaian dan Mykad miliknya anak saudara itu langsung tidak diusik.

Susulan itu kami segera membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan, Perak.
“Kami sekeluarga kemudian berusaha mencari Nor Fatin termasuk bertanya kepada rakan-rakan sekolahnya.

Puas kami mencarinya termasuk dan mencari di rumah saudara-mara serta rakan-rakannya tetapi gagal,” katanya.

Dia berkata, kehilangan remaja itu turut menimbulkan tanda tanya kepada guru sekolah tempat anak saudaranya belajar.
“Guru sekolah itu memberitahu Nor Fatin adalah seorang pelajar yang cemerlang, rajin belajar serta tidak mempunyai masalah disiplin.

Pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mengesannya namun menemui jalan buntu.
“Ada rakan-rakan memberitahu pernah ternampak Nor Fatin di Seremban dan ada juga yang mendakwa pernah melihat di Melaka bersama seorang remaja lelaki.

Mereka cuba untuk mengejarnya tetapi gagal,” ujarnya.
Suhaimi berkata, mereka sekeluarga sangat bimbang terhadap keselamatan anak saudaranya itu lebih-lebih lagi Nor Fatin adalah anak yatim piatu selepas kehilangan ibu dan bapanya sejak tiga tahun lalu.
“Sesiapa yang menjumpai Nor Fatin diminta supaya menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.



‘Saya tak salah’

Ampang: Penyanyi rock terkenal, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini, 2 Jun lalu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman. Vokalis kumpulan Wings itu yang memakai jaket hitam hadir ke mahkamah dengan jaminan polis ditemani beberapa rakannya, termasuk ahli kumpulan rock terbabit, Joe dan Eddy.

 Mengikut pertuduhan, dia yang pernah menjadi pelakon utama filem Sembilu didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana, 36, jam 1.30 tengah hari pada 2 Jun lalu di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Klang di sini. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun penjara dan denda jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, peguam Hazman Harun yang mewakili Awie memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan atas alasan anak guamnya memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan. Ayuni Izzati kemudian membenarkan penyanyi rock itu diikat jamin RM9,000 dengan dua penjamin selain menetapkan 11 Ogos depan sebagai sebutan semula.

Cabut lari digertak wanita

Kuala Lumpur: Tindakan berani seorang wanita menggertak dan mengambil gambar dua penjenayah cuba mencuri kenderaan yang menyamar sebagai pekerja agensi tarik kereta menyebabkan suspek melarikan diri.
Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa yang berusia 32 tahun hampir dirompak penjenayah ketika berada di kawasan meletak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Selayang, Gombak.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zeti, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang memandu kereta Perodua Kelisa bersendirian untuk membeli barang dapur.

Menurutnya, kereta dipandunya secara tiba-tiba dipintas dan dihadang sebuah kereta Perodua Viva dinaiki dua suspek terbabit.

Dia berkata, dua lelaki yang dianggarkan berusia pertengahan 30-an itu secara tiba-tiba mengarahkannya keluar daripada kenderaan dan menyerahkan kunci kereta.

“Seorang suspek memberitahu bahawa dia ditugaskan pihak bank untuk merampas kereta itu kerana saya gagal membayar ansuran bulanan. “Saya yang terkejut dengan arahan lelaki itu terus mengajaknya berbincang di pintu masuk pasar raya itu. Saya berasa sangsi kerana kereta itu tidak lagi terikat dengan pinjaman bank berikutan semua baki ansuran sudah dijelaskan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentul di sini, semalam.

Tidak puas hati dengan tindakan suspek yang cuba memperdayakannya, Zeti meminta suspek menunjukkan surat arahan dari bank bagi menarik kereta itu selain memberitahu nama pemilik sebenar kenderaan dipandu.

“Malangnya suspek gagal menunjukkan sebarang bukti dokumen selain memberitahu nama sebenar pemilik kereta ini,” katanya, Bagaimanapun, tembelang kedua-dua penjenayah terbongkar apabila seorang suspek berpura-pura menelefon seorang `pegawai bank’ dan bertutur dalam bahasa Tamil.

“Dia mendakwa mendapatkan maklumat daripada pegawai bank yang mengarahkan kereta saya ditarik. Namun saya tambah pelik apabila dia memberitahu bahawa pegawai bank itu bernama Faizal sedangkan dia berbual dalam bahasa Tamil.

“Saya kemudian bertindak berani mengeluarkan telefon bimbit dan merakam gambar suspek dan kereta dipandu. Tindakan saya itu menyebabkan penjenayah tersentak seketika,” katanya.

Terkejut dengan tindakan mangsa, suspek kemudian terus melarikan diri dari lokasi kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata siasatan lanjut akan dijalankan pihaknya berhubung kejadian itu.

Dipaksa makan sajian basi

Kuala Lumpur: Sudahlah ditipu ejen pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan, sebaik tiba ke negara ini ia mereka turut didera majikan sehingga ada yang tergamak mencurah air panas dan memaksa mereka memakan makanan basi.

Itu nasib dua wanita warga India yang menerima layanan buruk daripada majikan mereka sebaik tiba ke Malaysia selepas mendakwa ditipu oleh ejen pekerjaan selain pasport mereka turut dirampas oleh ejen sebaik mereka tiba di Malaysia.

Menceritakan detik hitam itu, Sweeta, 27, memberitahu pada mulanya dia berasa berat hati untuk datang ke Malaysia bagi mencari rezeki bagaimanapun, demi mencari wang bagi membiayai kehidupan keluarga selain turut ingin mencari wang bagi merawat adik tirinya yang mempunyai masalah mental dia membuat keputusan untuk datang negara ini.

Pertemuan dengan seorang ejen pekerjaan di Selatan India selepas diperkenalkan oleh saudaranya pada enam bulan lalu ternyata bertukar menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya.

“Dia (ejen) pekerjaan memberitahu saya akan mendapat kerja dengan gaji yang lumayan sebaik datang ke Malaysia. Saya hanya perlu menjaga kanak-kanak dan diberikan gaji sehingga RM2,000.

“Saya dibawa masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial sebelum ejen pekerjaan berjanji akan menukarkan ia kepada pas bekerja selepas saya bekerja beberapa bulan di negara ini. “Namun, semuanya hanya janji tinggal janji apabila sebaik saya tiba ejen terus menghantar saya kepada majikan dan turut merampas pasport saya,” katanya kepada Harian Metro selepas berjaya diselamatkan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) di sini.

Sweeta memberitahu, dia mula didera dan dilayan seperti binatang oleh majikannya selepas sebulan bekerja di sebuah rumah di ibu negara apabila dia bertanyakan mengenai gajinya.

Gadis malang itu mendakwa, dia sering dipukul dan dipaksa memakan makanan basi oleh majikannya gara-gara lambat menyiapkan kerja rumah selain turut diarah tidur di lantai dapur.

TAWAR RM70,000 BELI PASPORT


Putrajaya: Dua rakyat tempatan yang disyaki terbabit dengan sindiket menjual pasport Malaysia kepada warga asing ditahan ketika seorang daripadanya menyogok RM70,000 kepada pegawai Imigresen sebagai bayaran mengeluarkan satu pasport.

Serbuan dilakukan Jabatan Imigresen bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menahan dua lelaki itu di dua tempat berasingan di sekitar Puchong antara jam 10 malam hingga jam 12 tengah malam kelmarin.

Sindiket itu dikesan mempunyai rangkaian antarabangsa menguruskan dokumen perjalanan ke negara tertentu, hasil maklumat empat warga Sri Lanka dan tiga rakyat Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 1 Jun lalu.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, dalam kenyataannya mengesahkan penahanan itu bagi membantu siasatan penjualan pasport Malaysia yang mengandungi butiran yang dipalsukan untuk kegunaan warga asing.

Susulan KL tanpa pengemis, gelandangan: Masjid lubuk rezeki

Kuala Lumpur: Gelandangan dan pengemis warga asing dan tempatan di bandar raya ini kini tidak lagi memilih lorong yang menjadi laluan orang ramai meraih sedekah, sebaliknya memilih institusi keagamaan sebagai lubuk utama mereka.

Tinjauan BH di sekitar Chow Kit di sini, mendapati ramai daripada golongan itu sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan keuntungan daripada sedekah orang ramai di dalam masjid selain tidak mahu dikesan ahli keluarga dan pihak berkuasa.

Lebih mengejutkan, jemaah warga asing dari Myanmar dan Bangladesh yang hadir ke masjid di sini turut menggunakan kesempatan itu untuk meraih sedekah tanpa rasa segan silu selepas selesai menunaikan solat Jumaat.

Seorang mualaf daripada gelandangan ketika ditemui di pekarangan Masjid Jamik Pakistan, di Jalan Raja Muda, Suzana Manogari Abdullah, 56, berkata dia menjadikan kawasan itu sebagai lokasi wajib meraih sedekah pada setiap Jumaat demi meraih hasil sedekah lebih banyak.

Sharifah Aini meninggal dunia


Kuala Lumpur: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini.

Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini.

Isnin lalu, Sharifah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengadu sukar bernafas.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.

Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.

Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Pernah menghasilkan hampir 100 album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.

Sumbangan besarnya terhadap industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003.

Hasil perkahwinannya dengan Ali Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki . Perkahwinan mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun 1992.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.

Lelaki paling kotor di Eropah

Novy Bydzov (Czech): Lelaki tidak berumah ini dilabel “lelaki paling kotor di Eropah” kerana tidur dalam timbunan abu sampah yang panas.

Ludvik Dolezal, 58 membakar apa saja yang dijumpai untuk dijadikan “tempat tidur selesa” sebelum merangkak ke atasnya untuk melelapkan mata.

Dolezal yang dikenali oleh orang yang lalu lalang di kawasan itu sebagai syaitan dalam kisah dongeng berkata: “Tahun lalu saya berhenti bekerja. Sejak itu saya tinggal di sini dengan unggun api.

“Setiap malam saya baring di atas abu panas dalam baju dan menggunakan abu sebagai bahan memanaskan badan. Saya kelihatan teruk selepas itu.

“Saya mempunyai pelbagai kelengkapan sebelum ini - jaket, but, tilam dan selimut. Namun, saya bakar semua untuk memastikan api tidak padam.

“Ramai orang membantu saya, kadang-kala mereka membawa sesuatu seperti tayar lama dan saya akan membakarnya.” Menurutnya, dia akan membiarkan api berterusan sepanjang hari sehinggalah dia masuk tidur pada jam 7.30 malam.


“Kebanyakan benda yang dibakar adalah kayu dari semak berdekatan.

“Ia harus kering untuk dibakar. Apabila saya tidak mempunyai apa-apa untuk dibakar, saya terpaksa menggunakan kapak dan meotong papan di sekeliling bangsal tempat saya berteduh,” katanya ketika ditemui.

Dolezal mengaku dia menghadapi kesukaran bernafas. Saya menghisap rokok setiap masa, saya menghabiskan sebungkus rokok sehari. Ia membantu saya. Saya bernafas lebih baik apabila menghisap rokok. Menurutnya, dia mendapat bantuan kira-kira RM444 daripada kerajaan Czech setiap bulan.

Bagaimanapun, pegawai kerajaan tidak memberikan dia wang itu sekali gus kerana khuatir dia akan membakarnya.

Sebaliknya, mereka memberi duit berkenaan kepada kedai yang dikunjungi Dolezal setiap hari untuk membeli makanan. - AFP


Pen berkarat dalam perut


Taipei: Doktor yang melakukan X-ray ke atas seorang wanita yang mengalami sakit perut sejak enam bulan lalu terkejut apabila menemui sebatang pen di dalam perutnya.

Shing Fang, 20, menjalani pemeriksaan di hospital di Taipei selepas mengalami sakit perut yang berpanjangan sehingga menyebabkan dia tidak boleh makan.


Malah Shing turut disahkan menghadapi kemurungan selepas doktor gagal mencari punca penyakitnya.

Apabila doktor melakukan endoskopi - memasukkan kamera melalui mulut hingga ke perutnya, mereka menemui objek panjang berkarat.

Selepas gambar yang diambil oleh doktor dengan melakukan X-ray, mereka terkejut mendapati objek itu pen.

Tanpa berlengah, Shing dibedah untuk mengeluarkan objek berkenaan.

Shing bernasib baik kerana jika dibiarkan lebih lama ia boleh menyebabkan kematian.

Wanita itu berkata, dia tidak ingat pernah tertelan pen itu.

Bagaimanapun, Shing mengaku dia mungkin tertelan pen itu ketika mabuk semasa meraikan keputusan peperiksaannya. - Agensi