Hanez Suraya Minta Maaf. Tapi Kenapa?


Dari mula perhubungan mereka dapat dihidu, pelbagai dugaan yang diterima oleh pasangan suami ini. Tidak kurang juga yang mengkritik dan sebagainya. Walau pelbagai dugaan yang menimpa, akhirnya Hanez Suraya dan Romie disatukan pada Mac 2015 lalu. Dugaan tidak berhenti begitu sahaja, keakraban yang digambarkan oleh Hanez bersama anak tirinya disalah tafsir. Ada yang mengatakan dia menunjuk dan sebagainya. Namun tidak salah apabila Hanez berkongsi kegembiraan di laman Instagram miliknya kerana itu adalah haknya sendiri.

Baru-baru ini, Hanez telah mengerjakan umrah bersama keluarganya.

“Bismillahirahmanirahim.. Sebelum saya berangkat ke Tanah Suci esok saya ingin meminta maaf kepada semua sekiranya ada terkasar, tersilap bahasa pd anda smua.. Doakan semoga perjalan saya dan keluarga selamat pergi dan pulang.. Doakan semoga saya mendapat umrah yg mabrur.. Assalammualaikum 🙏🏻😇😘”

Hanez turut berkongsi gambar ketika dia berada di sana. Nampak kegembiraan di wajah manis Hanez. Semoga bahagia sentiasa bersama Hanez dan keluarga. Cemburu rasa di hati melihat Hanez telah sampai ke rumah Allah. Bagi mereka yang pernah menjejaki ke sana, semestinya rindu untuk ke sana.

Di bawah sedikit catatan yang dikongsi oleh Hanez.

“Pengalaman yg cukup berharga dan bersyukur atas rahmat serta keredhaan yg Maha Esa.. Kami berpeluang utk berdoa dan bersujud di atas permaidani hijau di dalam RAUDHAH (taman syurga) yang mana terlalu banyak rahmat yg telah dijanjikan, sesungguhnya Allah s.w.t tidak pernah memungkiri janjinya.. Dan semua ini juga atas keizinanNya.. Apa2 pun kita sebagai hamba perlulah meminta, berdoa dan berusaha serta tawakal kepadanya insyaAllah sesungguhnya Dia Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha Pengasihani dan Maha Memberi.. Amin”

“Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah. Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). .

Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.”