Yatt Hamzah Hampir Di Bom?


Kagum dengan sifat berani pelakon dan pengacara muslimah Yatt Hamzah yang dikhabarkan telah ke bumi Syria untuk mengikuti bantuan kemanusian baru-baru ini. Apa tidaknya tatkala bumi bergolak itu masih penuh dihujani dengan peluru dan keganasan melampau ada beberapa pihak tetap setia di belakang penduduk Islam disana demi merasai sendiri kesengsaraan sekaligus menghulurkan pertolongan masyarakat yang berada disana.

Menurut Yatt yang berusia 35 tahun dia kesana bersama dengan suaminya serta beberapa lagi rakan artis. Setibanya disana, seperti yang telah dirancang dia segera menghulurkan bantuan dan selepas selesai semuanya kira-kira 10 minit kawasan tersebut telah dibom. Perkara itu sekaligus amat mendebarkan mereka semua kerana seluruh bangunan dan kawasan tersebut hancur di bom oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Yatt semasa disana hanya berserah kepada Allah kerana dia tahu bila-bila masa sahaja nyawanya boleh ditarik ibarat telur dihujung tanduk, namun di atas semangat dan kecekalan dia tekad meneruskan misi tersebut sehingga tamat. Dalam masa yang sama, ibu yang baru saja menyambut kelahiran anaknya baru-baru ini bersyukur kerana telah selamat pulang ke tanah air dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku disana.