Akhirnya, Shaheizy Sam bukak mulut mengenai gossip yang bertiup kencang
mengenai dirinya bersama model cantik Syatilla Melvin. Menurut Sam, dia
mengakui mengenali model itu semenjak enam tahun yang lalu dan mula
rapat dengan pelakon tersebut selepas itu.
Dalam masa yang sama, Sam turut senang dengan perwatakan Syatilla dan menyifatkan dia sebagai seorang yang sangat sempoi. Ini kerana, wanita tersebut tidak kesah untuk minum dimana-mana apatah lagi di kedai Mamak. Sikap yang menyenangkan ini membawa makna yang tersendiri buat pelakon lelaki ini di tambahkan lagi Syatilla mampu menyesuaikan diri dengan cepat bersama keluarga dan rakan-rakan Sam.
Sam yang ditemui ketika penggambaran belakang tabir Polis EVO di Studio 16, Sunway Damansara pada petang Selasa turut tidak berniat untuk merahsiakan hubungannya bersama Syatilla dan berjanji kepada pihak media apabila semuanya telah “confirm”. Buat masa kini, Sam senang dengan perkembangan ini dan biarlah semua pihak tahu hubungan mereka berdua sebagai seorang rakan karib sahaja.
Ketika ditanya adakah Syatilla bakal menjadi pemaisuri di hatinya kelak, pelakon kacak ini tidak menidakkan perkara tersebut tetapi hanya tersipu malu dengan soalan itu. Sam turut berterus terang dan memaklumkan dia tahu jodohnya sudah semakin hampir dan berharap agar semua peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.