Selepas baby Che Ta dan Zain Saidin mendapat liputan meluas dari media,
terbaru berita gembira seterusnya diterima dari penyampai Petang ERA
iaitu Zahid turut baru saja bergelar bapa, semalam 4 November 2014.
Melalui laman sosial Instagram, Juara AF2 ini telah memuat naik gambar
bayinya yang baru saja lahir di sebuah klinik di Gombak.
Zahid dalam gambar tersebut turut bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan isterinya dan juga bayi mereka. Dalam masa yang sama, bayi lelaki seberat 3.5kg ini lelaki jelas kelihatan amat comel dan sihat seperti bapanya.
Menurut Zahid lagi, nama penuh dan wajah bayi lelaki sulungnya akan dipersembahkan buat tontonan umum selepas 7 hari kelahiran bayi bagi menghormati permintaan keluarga. Bayi dan ibunya kini sedang berpantang dan Zahid turut mengambil cuti dari bersiaran di Petang ERA untuk beberapa hari.