Hafiz Memang Bercuti Dengan Kekasih?


Nampaknya kisah percintaan Hafiz dengan kekasih bukan lagi menjadi satu rahsia dikalangan peminat. Terbaru, khabar angin yang mengatakan penyanyi popular ini bercuti bersama kekasihnya ke Perth, Australia telah terbongkar dan Hafiz tidak menafikan perkara tersebut.

Bukan itu saja, beliau turut bercerita serba sedikit pengalaman disana dan sebenarnya Hafiz ke sana untuk bercuti sambil bekerja. Tujuan asal pada mulanya ialah mengikuti ayah kepada kekasihnya itu untuk melawat projek di luar negara. Selain itu, mereka juga merancang untuk menyambut kelahiran ibu kepada kekasihnya juga.

Berada di Perth selama empat hari turut membuatkan penyanyi ini lebih rapat dan mesra bersama keluarga barunya itu. Dia turut menolak dakwaan tidak berasas sebelum ini yang mengatakan dia bercuti berdua bersama kekasihnya.

Ditanya mengenai bilakah tarikh untuk beliau melangkah ke peringkat seterusnya, pelatun lagu Matahari ini tidak bercadang untuk merancanga apa apa jua pada masa terdekat. Ini kerana, buah hatinya perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan hanya akan tamat pada tahun 2016. Namun, beliau telah bercadang untuk bertunang pada tahun hadapan jika tidak mempunyai apa-apa halangan.