Konsert PGL Ditunda


Konsert reunion Puteri Gunung Ledang yang dijadualkan berlangsung pada 27 November sehingga 1 Disember 2014 itu terpaksa ditunda kepada 20 hingga 24 Mac 2015. Sidang media yang diadakan di Istana Budaya Jumaat lepas telah memberi jawapan sebab musabab tentang penudaan konsert reunion tersebut.

Akibat penggunaan suara yang berlebihan ketika teater P. Ramlee The Musical yang lalu, mengakibatkan komplikasi kepada suara Puan Sri Tiara.

“Basically problem ini bermula semasa latihan untuk P.Ramlee The Musical lagi. Watak Norizan yang saya mainkan sangat berbeza dengan watak Puteri atau Agent Nora dan jauh sekali dari perwatakan Tiara. Saya mencipta fizikaliti dan cara berturut yang sangat berbeza untuk Norizan”, ujarnya melalui aplikasi Whatsapp.

Tambahnya lagi, konsert tersebut bukanlah dibatalkan tetapi hanya ditunda. “Saya minta maaf kepada semua terutama peminat PGL dengan penudaan ini. Ini untuk kebaikan bersama. Buat masa ini, current condition, not good. Doktor saya, Pakar Perubatan Bahagian Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), telah menasihatkan saya supaya berehat daripada melakukan aktiviti yang berkaitan dengan suara. Untuk pulih bukan mengambil masa sebulan tetapi lebih daripada itu. Jika saya teruskan, suara saya akan lebih teruk. That’s a performer’s ultimate nightmare”.

Buat julung kalinya di Istana Budaya anda boleh menyanyi, menari dan sebagainya bersama pelakon dengan pembelian tiket berharga RM176. Ini kerana ia adalah free standing! Harga tiket yang lain, RM76, RM136, RM216, RM256, RM336 dan RM436.