Mentor IS dicekup


Kuala Lumpur: Penggerak kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara ini diibaratkan lumpuh apabila tiga 'mentor' utama kumpulan berkenaan diberkas polis.

Tiga individu utama itu antara 14 suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan yang dilakukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Bukit Aman di sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam dan sekitar Damansara, di sini.

Tiga perancang utama itu dikenal pasti aktif merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai IS.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, semua 14 suspek itu ditahan antara jam 10 hingga 11 malam, Isnin lalu dan semalam.

Menurutnya, polis juga menahan 12 lelaki dan dua wanita berusia antara 14 hingga 48 tahun yang disyaki bertanggungjawab merekrut rakyat Malaysia bagi menyertai kumpulan berkenaan.