Tasha Shila tak habis-habis dilanda kemelut bermula dari awal tahun ini.
Kontroversi yang melanda dirinya itu sedikit sebanyak mengugat imejnya
walaupun dinafikan sendiri oleh beliau. Baru-baru ini pula kecoh
sebentar di blog-blog hiburan tempatan tentang percintaannya bersama
seorang lelaki berketurunan Cina yang dikenali sebagai Hans kini
berakhir. Ini juga bermakna rancangan pasangan ini yang katanya akan
berkahwin pada tahun ini juga hanya tinggal kenangan. Jika ini benar,
adakah mereka akan membatalkan perkahwinan mereka seperti yang
dirancang?
Punca hubungan yang disemai sejak tahun 2013 ini musnah di tengah jalan didakwa daripada perbezaan agama. Tapi sejauh mana kebenaran dakwaan itu belum lagi dapat dipastikan. Malah ada juga yang menganggap kerana kontroversi Tasha baru-baru ini yang menjadi punca keluarga sebelah lelaki tak boleh menerima beliau? Walaubagaimanapun itu semua hanya spekulasi liar.
Jika dilihat, Tasha Shilla selalu juga memuat naik gambarnya bersama kekasih hati, di akaun Instagram miliknya, namun kini semakin kurang aktif dan baru-baru ini, Nabila Huda memuat naik gambarnya bersama Tasha Shila yang kini sedang bercuti bersama-sama di Thailand, mungkin juga beliau sedang membawa hati yang lara. Ini menguatkan lagii spekulasi pasangan ini memang benar berpisah. Namun, kita tunggu saja tuan punya badan ini bercerita, mana tahu mereka hanya gaduh-gaduh manja saja kan..