Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi rappers serta komposer terkenal
Malique. Mempunyai syarikat label Qarma MusiQ, penyanyi ini masih tetap
dengan pendirian untuk tidak mahu terdedah dengan media tempatan.
Walaupun begitu, hasil karya bekas kumpulan anggota ”Too Phat” ini tidak
pernah mengecewakan apabila lagu ciptaanya seperti Senyum, Teman
Pengganti, Maafkan Kamu dan lain-lain sentiasa mendapat tempat dihati
peminat.
Kini, Malique kembali dengan lagu ciptaan terbaru berjudul 'Rindu'. Lagu yang dinyanyikan oleh Shae dan kumpulan Nukilan dikatakan mempunyai ceritanya yang tersendiri apabila dikatakan respond kepada lagu Apa Khabar yang dibawa oleh Joe Flizzow.
Perkara tersebut walaubagaimanapun dinafikan oleh Joe Flizzow yang mendakwa ianya tidak benar serta Malique sendiri telah menghubunginya berhubung dengan lagu terbaru itu. Tambahnya lagi, terus terang untuk mengatakan ia tiada kena mngena dengan lagu Apa Khabar dan berharap agar spekulasi tersebut dihentikan segera.
Dalam pada itu, Joe turut gembira dengan perkabaran positif Malique selepas agak lama menyepi dengan penghasilan lagi baru. Bukan itu saja, dia turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Malique dan berharap agar karya terbarunya itu bakal memeriahkan serta mengukuhkan lagi industri muzik tempatan.