Isteri Allahyarham Harun Pinta Gambar Dipadam


Pagi Isnin yang agak sunggul bagi penggiat seni tanah air apabila kehilangan sebutir anak seni yang amat dikagumi. Malah peminat-peminat turut bersimpati dan melahirkan perasaan sedih atas pemergian Allahyarham Harun Salim Bachik. Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Rauda Sakinah Batu Muda pada jam 11 pagi.

Turut kelihatan rakan artis yang sememangnya rapat dengan Allahyarham iaitu Afdlin Shauki, Hans Isaac, Awie, Aon, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi. Pastinya paling dirasai oleh Afdlin Shauki kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Allahyarham pada Jumaat yang lalu. Khabarnya juga, Allahyarham turut serta dalam projek Tall Order Production milik Hans Isaac di Istana Budaya bulan April nanti. Semestinya Hans juga terasa dengan pemergian Allahyarham.

Namun kecoh seketika apabila video dan gambar Allahyarham ketika di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Merah, Perak menjadi viral. Rata-rata tidak berpuas hati kerana perkara tersebut boleh terjadi termasuk pelakon hebat Fauziah Ahmad Daud. Beliau telah memuatnaik status tidak puas hati di Facebook miliknya.

Status Fauziah Ahmad Daud itu mendapat perhatian daripada adik Allahyarham iaitu Farid Salim Bachik.

“Assalamualaikum..
Saya sebagai adik harun salim bachik..maaf nak saya kata kan..jangan dinilai keburukkan orang..mungkin apa yg tersebar di laman sosial ini..bukan la disegajakan..mungkin beliau berniat yang baik..hanya ingin menunjukkan kebetulan dalam menyelamatkan nyawa seseorang...mungkin kita juga berada didalam situasi tersebut..kepada Ogy Ahmad Daud jgn la terlalu mengikut emosi..bersabar dan berdoa semoga Alllahyarham abang saya berada di dalam golongan yg soleh..
Yang buruk dari saya
Yang baik dari Allah..terima kasih diatas doa2 kalian..
Semoga Allah dapat membalasnya..Aminn...”



Kemudian isteri kepada Den Wahab, turut memberitahu permintaan isteri Allahyarham iaitu Surianti M.Nur supaya memadamkan gambar Allahyarham di lokasi kejadian. Seharusnya kita perlu menghormati perasaan ahli keluarga Allahyarham. Walaupun niat anda baik atau sebaliknya, perlu diingatkan, kadang-kadang perkara sebegini boleh menjadikan ahli keluarga Allahyarham tertekan dan sebagainya. Jadi beringat sebelum memuatnaik gambar mahupun apa sahaja tidak kira tentang kematian sekalipun.