Minggu lalu kecoh juga gosip perkahwinan antara Tasha Shila dan kekasih
bernama Hans hancur di tengah jalan. Namun, timbul pula kisah baru
kononnya dalang yang menjadi orang ketiga antara adalah rakan baik malah
rakan artis Tasha Shila sendiri iaitu Kaka Azraff, penyanyi yang juga
anak saudara ratu rock negara Ella.
Sebelum ini, hubungan antara Kaka dan Tasha sebelum ini amat rapat, hinggakan baru-baru mereka terbang sekali ke sebuah pulau terkenal di Indonesia sempena meraikan sahabat artis mereka.
Selain itu Kaka turut di kategorikan perampas oleh rakan-rakan artis yang lain, dan yang paling menguatkan bukti apabila, Kaka turut dikeluarkan daripada kumpulan applikasi ‘Whatsapps’ yang terdiri daripada ‘BFF’ rakan artis termasuk Tasha Shila kerana tak suka dengan tindakan Kaka yang sanggup menikam kawan dari belakang.
Walaubagaiamanapun kenyataan rasmi yang dibuat oleh Kaka yang dipetik dari surat khabar tempatan seolah menafikan, tiada kata putus yang diterima oleh Tasha dan Hans sendiri.
“Persoalannya sekarang adalah kenapa Kaka dikaitkan dalam cerita ini? Apa yang boleh saya katakan, saya tidak ada kena mengena langsung dalam hal mereka. Saya tidak faham mengapa saya yang perlu menjawab mengenai gosip ini. Sebaliknya, mereka lebih berhak menjawab setiap persoalan kerana Tasha dan Hans lebih tahu apa yang berlaku antara mereka. Saya pernah terserempak dengan mereka bersama hanya sekali di sebuah majlis. Itu saja dan kami OK saja. Jadi, saya tidak ada apa-apa nak cakap kerana ini adalah hal mereka dan bukan hal saya. Saya harap mereka dapat selesaikan masalah mereka dengan cara baik tanpa membabitkan nama orang lain,” ulasnya panjang lebar.
Menurut Kaka lagi, dia pernah terserempak dengan mereka hanya sekali di sebuah majlis. Walaupun mengaku berkawan dengan Tasha, Kaka akui langsung tidak pernah terfikir apatah lagi mahu mengambil tahu hubungan wanita itu bersama kekasihnya. Betul lah kata orang tua, manakan pokok tak bergoyang kalau tiada angin kan? Namun kita tunggu saja jawapan rasmi daripada tuan punya badan sendiri, adakah benar Kaka menjadi punca Tasha Shila tak jadi berkahwin?