Industri seni negara kita ini tidaklah sebesar mana, bergaduh macam mana
sekalipun lambat laun pasti akan berjumpa atau bekerjasama bagi
menjayakan sesebuah perancangan. Sikap positif seperti ini diharap bakal
dijadikan contoh buat artis baru untuk memastikan industri seni kita
terus berkembang sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Begitulah yang berlaku pada Hans Issac dan Dato’ AC Mizal apabila mengambil keputusan untuk kembali berbaik selepas apa yang telah berlaku pada mereka sebelum ini. Mereka berdua secara positif merasakan adalah tidak patut untuk terus bermasam muka kerana umur mereka berdua semakin hari semakin meningkat dewasa dan ianya selaras dengan perkembangan usia.
Dalam pada itu, Hans turut mengaku bersalah terhadap Dato AC Mizal apabila pernah terkasar sebelum ini ketika mereka bersama-sama menjayakan pementasan Teater Muzikal Cuci The Musical pada tahun 2009. Diatas sebab itu, kedua dua mereka kini telah bedamai malah bakal bekerjasama sekali lagi didalam Teater Baik Punya Cilok yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada April depan.
Dato AC Mizal pula secara terbuka mengakui Hans merupakan seorang yang budiman dan keikhlasannya untuk mengekalkan persahabatan yang telah lama terjalin amat dihargainya. Mereka turut berharap dengan persahabatan yang terus dikekalkan lebih banyak kerjasama diantara mereka dapat dilaksanakan seterusnya dapat memajukan lagi industri seni dengan karya yang terus bermanfaat untuk masyarakat.