Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menutup
tirai kalendar 2013 penuh bergaya apabila menjadi pemain yang meraih
pendapatan tertinggi sepanjang 2013 dalam arena sukan badminton dunia.
Menurut laporan majalah sukan online Bedzine, Chong Wei meraih pendapatan keseluruhan berjumlah AS$292,540 (RM958,217) menerusi hadiah kemenangan yang diterimanya dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Bagaimanapun, jumlah yang dilaporkan itu tidak termasuk bayaran
penampilan, elaun yang diterima daripada Persatuan Badminton Malaysia
(BAM), hadiah wang tunai dalam penyertaan kejohanan bertaraf liga serta
pelantikannya sebagai duta pelbagai produk.
Pemain beregu wanita China, Zhao Yunlei berada di kedudukan kedua dengan pendapatan sebanyak AS$167,195 (RM547,647) diikuti rakan senegaranya yang beraksi dalam acara perseorangan, Li Xuerui ketiga dengan meraih AS$143,095 (RM468,707).