• =>

LCW 'paling kaya' 2013

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menutup tirai kalendar 2013 penuh bergaya apabila menjadi pemain yang meraih pendapatan tertinggi sepanjang 2013 dalam arena sukan badminton dunia.

Menurut laporan majalah sukan online Bedzine, Chong Wei meraih pendapatan keseluruhan berjumlah AS$292,540 (RM958,217) menerusi hadiah kemenangan yang diterimanya dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

 Bagaimanapun, jumlah yang dilaporkan itu tidak termasuk bayaran penampilan, elaun yang diterima daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), hadiah wang tunai dalam penyertaan kejohanan bertaraf liga serta pelantikannya sebagai duta pelbagai produk.


Pemain beregu wanita China, Zhao Yunlei berada di kedudukan kedua dengan pendapatan sebanyak AS$167,195 (RM547,647) diikuti rakan senegaranya yang beraksi dalam acara perseorangan, Li Xuerui ketiga dengan meraih AS$143,095 (RM468,707).

Banjir Sarawak makin buruk

Banjir Sarawak makin buruk  
 
Tinjauan udara menunjukkan paras Sungai Sarawak mula menghampiri pintu baraj pada jam 4.30 petang, semalam. - Foto Mohd Radzi Bujang
Pengurusan baraj sedia lepas air sungai elak melimpah

Kuching: Pintu air Baraj Sungai Sarawak kini hampir tenggelam susulan hujan lebat melanda Sarawak sejak beberapa hari lalu.

 Tinjauan Unit Udara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohd Najib Jusoh, petang semalam mendapati air laut dan sungai hampir mencapai paras sama.


Nanti paras air laut susut

Difahamkan pengurusan baraj akan melepaskan air Sungai Sarawak apabila paras laut menurun bagi memastikan sungai tidak melimpah sehingga menjejaskan perkampungan sepanjang sungai berkenaan.

Baraj Sungai Sarawak atau bendungan dibina pada 1995 serta siap pada November 1997 dengan kos RM150 juta, adalah sebahagian daripada projek Skim Pengawalan Sungai Sarawak (SSRS).

Bendungan itu mempunyai lima pintu air turut mempunyai kekunci shiplock serta jambatan dengan empat lorong kenderaan.
Rekaan bentuk baraj dibina berdasarkan keadaan banjir sebelum ini, khususnya bah besar pada 1963 serta maklumat tambahan daripada pakar dari Britain dan Denmark.

Semakin ramai dipindah

Sementara itu, banjir di Sarawak kembali buruk petang semalam apabila air laut naik ke paras tertinggi 6.4 meter.

Berikutan itu, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan turut meningkat dengan lima pusat pemindahan dibuka di Bau, Marudi dan Miri.

Sehingga jam 6 petang semalam, 276 mangsa daripada 58 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan.

Indonesia paling banyak serangan siber

Jakarta: Indonesia adalah negara paling banyak menjadi sasaran serangan siber di dunia pada 2013, menurut laporan akhir tahun Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Menterinya, Tifatul Sembiring, memberitahu media Jumaat lalu, Indonesia menghadapi lebih 1.2 juta serangan siber tahun ini atau kira-kira 42,000 kali sehari.

 Amerika Syarikat di tempat kedua dengan 332,000 serangan, katanya.


Bagi Tifatul, jumlah ini menunjukkan kawalan keselamatan internet negara yang lemah.

“Penggodam biasanya cuba memecah masuk laman web kerajaan dan universiti selain akaun sosial media ahli politik.

“Tujuh puluh peratus serangan ini, yang terdiri daripada ‘phishing’ hingga ‘malware’ adalah dari sumber tempatan.”

Menurut Tifatul, ini adalah antara kesan negatif peningkatan rakyat Indonesia dengan capaian internet.
“Tahun lalu, Persatuan Penyedia Perkhidmatan Internet Indonesia (APJII) mengumumkan bahawa 63 juta rakyat Indonesia atau 24 peratus penduduk kerap menggunakan internet.

“Tahun ini, jumlah itu meningkat kepada 74 juta. Saya percaya motivasi terbesar yang mencetuskan serangan siber ini adalah perasaan ingin tahu.

“Kami tangkap pelajar sekolah tinggi menggodam laman web kerajaan, justeru kita perlu sebar kesedaran mengenai Undang-undang urus niaga dan Maklumat Elektronik (ITE),” katanya. - AGENSI

Perhimpunan haram perjuang kenaikan harga barang hanya 'topeng': Polis

KUALA LUMPUR: Perhimpunan haram anjuran badan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Merdeka malam ini adalah 'topeng' oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda lebih luas untuk mencemarkan sistem demokrasi negara seperti yang berlaku di Thailand dan Mesir.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata, perhimpunan itu adalah permulaan bagi agenda yang lebih luas.

 "Mereka cuba untuk membangkitkan rasa tidak percaya pada demokrasi di negara ini seperti di Thailand dan Mesir selepas mereka tidak berjaya dalam pilihan raya umum lalu," katanya kepada BERNAMA selepas ditemu bual BernamaTV dalam program Ruang Bicara yang dikendali Dahalan Maamor bertajuk 'Ambang 2014: Menghormati Hak Berhimpun' yang bersiaran secara langsung malam ini.


Perhimpunan haram itu, yang dihadiri 4,000 peserta, bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Merdeka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam.

Polis sebelum ini menamakan empat NGO sebagai terbabit dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Salleh berkata, tujuan perhimpunan itu diadakan ketika secara tradisinya rakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baru adalah untuk mengaburi pihak luar kononnya ia mendapat sambutan rakyat.

"Hakikatnya mereka tahu jumlah mereka kecil, dan cuba menggunakan orang ramai yang merayakan tahun baharu yang lebih ramai daripada jumlah mereka, untuk dijadikan alat sebagai bukti di dalam gambar dan video mereka serta dimuatkan ke dalam laman sosial, kononnya perhimpunan mereka mewakili suara rakyat," katanya.
Beliau berkata, mereka juga cuba mewujudkan suasana provokasi ke atas polis supaya pihak keselamatan menahan mereka dan akan menggunakan insiden tangkapan mereka bagi menunjukkan kerajaan di negara ini zalim, demokrasi terjejas selain cuba menggambarkan keganasan polis melalui media sosial.

"Mereka sudah mempunyai skrip untuk perhimpunan ini. Apa yang mereka perlukan ialah gambar dan video untuk melengkapkan skrip mereka," katanya.

Beliau berkata, polis tidak akan menjadi instrumen kepada agenda itu dan hanya akan membuat tangkapan mereka yang terbabit selepas bukti serta keterangan dikumpul bagi membolehkan mereka dihadapkan ke mahkamah.

Justeru, Salleh menasihati pihak luar mahupun golongan muda agar tidak mudah terpedaya dengan cubaan pihak terbabit untuk memburukkan sistem demokrasi di negara ini kerana hakikat sebenarnya, Malaysia masih sebuah negara yang aman dan demokratik.

Malah, katanya, negara ini mempunyai sistem demokrasi berparlimen yang mana rakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada wakil rakyat masing-masing tanpa perlu melakukan rusuhan.

Beliau berkata, wakil rakyat akan membawa masalah mereka ke Parlimen.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Barisan Nasional memperoleh 133 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang dipertanding manakala pembangkang menguasai 89 kerusi. - BERNAMA

KECOH SAMBUT 2014

KECOH SAMBUT 2014  
PESERTA demonstrasi merempuh sekatan Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memasuki ke perkarangan Dataran Merdeka, malam tadi. - Foto Khairull Azry Bidin
Peserta perhimpunan haram tak peduli amaran, rempuh kawalan pasukan keselamatan di Dataran Merdeka

Kuala Lumpur: Sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka malam tadi, terpaksa dihentikan jam 11.30 malam, selepas peserta perhimpunan haram bertindak ganas termasuk merempuh sekatan pihak berkuasa.

 Berikutan pemberhentian itu, persembahan artis yang sedang berlangsung dan pertunjukan bunga api, yang dijadual sebagai kemuncak acara, dibatalkan.


Perhimpunan itu disertai beberapa pemimpin pembangkang, mula mengganggu acara, kira-kira setengah jam selepas merempuh kawalan pasukan keselamatan, terdiri polis dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kami teraniaya!

Kami teraniaya!  
Fadhlulah Yunsifar, pertahanan Kuala Lumpur
Fadhlullah mungkin lantik peguam selesaikan kemelut dengan KLFA

Kuala Lumpur: "Saya tidak akan berdiam diri!” Itu reaksi pemain pertahanan Kuala Lumpur, Fadhlullah Yunsifar, salah seorang pemain yang dikenakan hukuman gantung seumur hidup dan didenda RM20,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas dakwaan menerima rasuah dan mengatur perlawanan.

 Fadhlullah dan beberapa pemain lain kini dalam proses perbincangan dengan peguam masing-masing untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) kerana menyebabkan mereka dihukum atas sebab teknikal, bukan dibuktikan bersalah.

Saya langsung tidak dimaklumkan nama terbabit dengan tuduhan ini, sedar-sedar saya sudah digantung seumur hidup. Takkan saya nak menerima keputusan ini sedangkan saya tidak diberikan peluang membela diri,” Fadhlulah, pertahanan Kuala Lumpur

Pemain Kuala Lumpur berusia 26 tahun iu mendakwa langsung tidak mengetahui dirinya didakwa sehinggalah melihat laporan BH Sukan pada 21 Disember lalu.

“Saya langsung tidak dimaklumkan nama terbabit dengan tuduhan ini, sedar-sedar saya sudah digantung seumur hidup.

“Takkan saya nak menerima keputusan ini sedangkan saya tidak diberikan peluang membela diri,” kata Fadhlulah yang kini terpaksa menanggung akibat tidak dapat lagi meneruskan kerjaya sebagai pemain atau membabitkan diri dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak anjuran FAM.

BERITA BAIK UNTUK YANG INGIN BUAT DUIT DALAM ASB

BERITA PENTING DAN BERITA BAIK UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG INGIN MEMBUAT PELABURAN DALAM ASB. OTAI ASB AKAN BERIKAN ANDA PANDUAN YANG MEMBOLEHKAN ANDA MELABUR DALAM ASB TANPA ADA TEKANAN DAN IA LEBIH MUDAH TIDAK SEPERTI YANG ANDA BAYANGKAN SEBELUM INI.

PERNAH DENGAR MELABUR MELALUI ASB?
ANDA PERNAH MENDENGARNYA DAN ANDA TIDAK DIDEDAHKAN DENGAN LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.

SEBAGAI KAWAN DAN RAKAN ANDA, SAYA BERIKAN ANDA PELUANG INI AGAR ANDA DAPAT MERASAI SERTA MENIKMATI APA YANG ORANG LAIN TELAH BUAT. INI ADALAH MASA ANDA UNTUK MENCUBA DAN APA YANG AKAN BERLAKU DALAM AKAUN ASB ANDA MENJADIKAN ANDA SEPERTI ANDA TIDAK SANGKA-SANGKA.

PERHATIAN!! INI HANYA UNTUK ORANG-ORANG YANG BERMINAT, TIADA PAKSAAN TETAPI IA AMAT BAIK UNTUK DIRI DAN KELUARGA ANDA. SEKIRANYA ANDA ORANG YANG INGIN MENYIMPAN MENGGUNAKAN ASB, INI ADALAH PELUANG DAN CARA YANG AKAN DIDEDAHKAN KEPADA ANDA. DAPATKAN SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT KERANA ORANG YANG MENGAMBIL TINDAKAN AWAL DAN PANTAS ADALAH ORANG YANG MEMPEROLEHI KEJAYAAN DAN KEBAIKAN. SEMUANYA AKAN MENGUBAH NASIB DAN GAYA ANDA.


Dedah 'bangkai' matikan persepsi negatif

Dedah 'bangkai' matikan persepsi negatif  
Tan Sri Musa Hassan
Kuala Lumpur: Rasuah membabitkan penguat kuasa undang-undang boleh dibanteras jika pemberi rasuah atau 'bangkainya' didedah menerusi siasatan yang dijalankan secara menyeluruh.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata sudah sampai masanya ‘bangkai’ didedah supaya boleh mematikan semua tohmahan dan persepsi negatif masyarakat terhadap agensi penguat kuasa.

 Beliau berkata, sebagai analogi, masyarakat hanya melihat ‘lalat’ saja tetapi tidak melihat ‘bangkainya’ di tempat berkenaan yang menyebabkan banyak lalat berkerumun.


Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh membuktikan ketelusan mereka membanteras jenayah rasuah tanpa melindungi sesiapa pun walau anggota sendiri.

“Kerjasama ini membuktikan integriti polis yang tidak berkompromi jika pegawainya melakukan rasuah atau jenayah.

“Jika anggota sendiri pun boleh disiasat, apa lagi masyarakat luar seperti ahli politik dan individu berpengaruh. Isu integriti berlaku di mana-mana, di semua peringkat dan bahagian kerana punca rasuah ialah wang besar.

“PDRM dan SPRM cuma memerlukan maklumat untuk bertindak,” katanya kepada BH ketika mengulas isu siasatan rasuah empat pegawai polis termasuk Datuk, di sini, semalam.
Kelmarin, BH melaporkan pegawai kanan polis bergelar Datuk disiasat kerana dikatakan menerima wang suapan mencecah RM17,000 sehari.

Kes disiasat selama enam bulan sebelum SPRM bersama Bank Negara membuka satu kertas siasatan selepas memperoleh bukti pembabitan jenayah bernilai jutaan ringgit itu.

Gempar bangkai anak paus terdampar

Gempar bangkai anak paus terdampar  
Orang ramai gempar melihat bangkai dipercayai anak ikan paus terdampar di Pantai Pasir Pandak, dekat Santubong, semalam. - Foto Mas Adib Saie
 
Santubong: Penduduk Kampung Pasir Panjang di sini, gempar dengan penemuan bangkai dipercayai anak paus di pantai Pasir Panjang di sini, jam 7.50 pagi semalam.

Bangkai haiwan berukuran tiga meter panjang itu ditemui terdampar kira-kira 50 meter dari laut oleh seorang pekerja Taman Keluarga D'Cove Pasir Panjang, Hamzah Pelita, 45.

 Penghulu Kampung Pasir Panjang, Hadli Piee, 57, berkata ia dipercayai penemuan pertama seumpamanya di perkampungan mereka.


“Saya dimaklumkan mengenai penemuan bangkai berkenaan pada jam 8 pagi tadi (semalam) dan bergegas ke lokasi kejadian.

Mirip anak ikan paus

“Bangkai itu mirip anak ikan paus dan walaupun hampir keseluruhan bangkai itu sudah reput, bahagian kepalanya masih berkeadaan baik dan kelihatan seperti kepala paus,” katanya kepada BH, di sini.

Susulan penemuan itu, sepasukan kakitangan Jabatan Muzium Sarawak dan Jabatan Zoologi Kuching mengambil sampel tulang bangkai berkenaan bagi tujuan kajian. Hadli berkata, bangkai berkenaan akan dipindahkan selewat-lewatnya Isnin depan bagi mengelak kawasan pelancongan itu berbau busuk.

Warga tua pemenang Cabutan SSP

Warga tua pemenang Cabutan SSP 
 
Seorang sukarelawan memilih nombor pada Karnival Cabutan SSP di Tropicana City Mall, semalam.
Petaling Jaya: Sambutan tahun baru kali ini lebih bermakna bagi warga tua, Rokeah Mohd Sidek, 77, apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) RM1 juta menerusi Cabutan SSP Disember.

Kemenangan Rokeah dari Jelebu, Negeri Sembilan yang menjadi penyimpan SSP sejak 1990 mengakhiri Pencarian Jutawan RM1 Juta yang diadakan Bank Simpanan Nasional (BSN), sejak awal tahun ini.
Naib Presiden Kanan BSN, Mohd Sofi Mat Jahaya, berkata Rokeah adalah antara 44,000 pemenang bertuah yang terpilih menerusi Cabutan SSP sepanjang tahun ini.


“Kami percaya, kesetiaan Rokeah sebagai penyimpan SSP dengan jumlah pelaburan melebihi RM20,000 berbaloi apabila diumumkan sebagai jutawan SSP.

“Semoga kemenangan Rokeah menjadi pencetus dan perangsang kepada pelanggan lain untuk menyimpan dalam SSP,” katanya pada sidang media di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Winston E Jeyaprakash.

Mohd Sofi berkata, BSN akan menambah dua kategori baru dalam Cabutan SSP pada 2014 iaitu Cabutan Kenang Budi dan Cabutan Khas Korporat.

Tangkap jika buat kecoh: Polis

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengenakan tindakan tegas serta menangkap kumpulan atau individu yang menimbulkan kekecohan pada sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka, Selasa ini.

Ini berikutan polis mendapat maklumat serta risikan berhubung hal itu termasuk 588 laporan polis yang dibuat di seluruh negara, mengenai perhimpunan haram untuk mengganggu sambutan tahun baharu berkenaan.

 Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pihaknya sudah mengenal pasti empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengatur perhimpunan haram itu.


Beliau berkata, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dipercayai mengambil kesempatan untuk berhimpun serta melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan, seterusnya menimbulkan kekecohan.

“Kita memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong usaha kumpulan ini kerana ia menyalahi undang-undang dan pada masa sama boleh mengganggu gugat ketenteraman orang ramai yang hadir pada sambutan berkenaan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Tiada permohonan

Amar Singh berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.
“Penganjuran perhimpunan ini menyalahi undang-undang dan sesiapa saja yang menyertainya akan diambil tindakan tegas.

“Penganjur dianggap tidak mematuhi Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2011 kerana tidak mengemukakan sebarang notis mengadakan perhimpunan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum ia diadakan,” katanya.

Sementara itu, Amar Singh berkata, sempena sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jalan Raja akan ditutup mulai 12 tengah malam esok dan Jalan Susur Kinabalu ke Jalan Raja ditutup mulai jam 6 petang pada 31 Disember.

Ubah cara belanja hadapi kenaikan harga

Kuala Lumpur: Semua pihak dinasihatkan bertindak wajar dalam mengimbangi perbelanjaan masing-masing ekoran peningkatan berterusan harga pelbagai barang pada masa sekarang.

Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara, Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman, berkata senario kenaikan harga barang menyebabkan banyak pihak tertekan, justeru kerajaan, institusi kewangan, pengguna dan masyarakat perlu memainkan peranan supaya dapat menghadapi situasi ini dengan rasional.

 Beliau berkata, ketika ini pengguna berada pada peringkat memahami keadaan yang bakal mereka hadapi, tetapi masih belum menerima tekanan akibat kenaikan harga.

Pihak berkaitan seperti kerajaan yang mempunyai keupayaan untuk mengawal harga harus membantu masyarakat melalui pengurangan kos daripada sektor yang difikirkan bersesuaian” Abdul Rahim Abdul Rahman, Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara

“Pengguna perlu mengubah cara berbelanja dan diberi pendidikan mengenai pengurusan wang dengan sistematik. Mereka juga dinasihatkan tidak mencari jalan penyelesaian mudah dengan membuat pinjam di luar kemampuan kewangan.

Bantu kurangkan kos

“Kita bimbang akibat daripada kenaikan harga ini ia juga akan meningkatkan kadar hutang isi rumah. Pihak berkaitan seperti kerajaan yang mempunyai keupayaan untuk mengawal harga harus membantu masyarakat melalui pengurangan kos daripada sektor yang difikirkan bersesuaian,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin, berkata persatuan pengguna harus berganding bahu dalam memastikan harga barangan sentiasa terkawal.
Katanya, pengguna sering terperangkap apabila peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati.

Pertahan hak pengguna

“Persatuan Pengguna harus lebih agresif dalam mempertahankan hak pengguna yang sering menjadi mangsa setiap kali harga barang naik. Persatuan dapat membantu dalam memberi cadangan atau melaporkan aduan terhadap peniaga cekik darah,” katanya.

Beliau berkata, kuasa beli pengguna tidak lagi seperti dulu berikutan kenaikan pelbagai kos.

Piala Dunia singgah PWTC 5 Januari

Piala Dunia singgah PWTC 5 Januari  
Trofi Piala Dunia
 
Kuala Lumpur: Peminat bola sepak tempatan sekali lagi berpeluang melihat dari dekat trofi bola sepak berprestij yang menjadi dambaan dunia, trofi Piala Dunia, yang akan dipamer di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini 5 Januari ini.

Menurut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Kuala Lumpur antara lokasi persinggahan trofi itu dalam Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA 2014.

 Trofi itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 3 Januari ini dan diikuti pelbagai aktiviti yang diatur oleh Coca-Cola, selaku rakan kongsi korporat FIFA.


Di Myanmar

Ketika ini trofi itu berada di Myanmar dan akan ke Thailand hari ini dan berada di sana selama tiga hari sebelum ke Vietnam (31 Disember hingga 2 Januari).

Kembara trofi itu bermula dari Rio de Janeiro, Brazil atau secara tepatnya dari lokasi patung Christ the Redeemer, monumen terkenal di bandar raya itu pada 12 September lalu.

Jelajahnya membabitkan 88 negara dan wilayah, dengan jarak perjalanan keseluruhan kira-kira 150,000 kilometer dalam tempoh 267 hari sebelum kembali ke Brazil yang akan menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Dunia 2014. - BERNAMA

Penduduk berpesta ikan terdampar

Penduduk berpesta  ikan  terdampar 
 Penduduk kampung mengambil kesempatan mengutip ikan tamban yang terdampar di gigi air di Pantai Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu.
 

Pihak berkuasa nafi fenomena aneh petanda tsunami

Kota Kinabalu: Penduduk Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu, berpesta ikan tamban apabila beribu-ribu spesies itu terdampar di pantai penempatan itu semalam.

Fenomena itu bermula jam 8 pagi apabila tiga kumpulan besar ikan tamban melompat-lompat di gigi air di pantai kampung terbabit menyebabkan penduduk mengambil kesempatan menangkapnya termasuk menggunakan baldi.
 
 Angin kencang di Laut Sulu punca fenomena

Bagaimanapun, ada penduduk berkata fenomena sama pernah berlaku pada September atau Oktober lalu di tempat sama yang dipercayai berpunca daripada angin kencang di Laut Sulu.

Saksi dikenali sebagai Gazali memberitahu BH, tiga kumpulan besar ikan tamban mendarat di pantai terbabit bermula jam 8 pagi, diikuti kumpulan kedua kira-kira 15 minit kemudian dan kumpulan ketiga, 30 minit selepas itu.

“Ketika itu, saya kebetulan ke pantai melihat keadaan laut sebelum tiba-tiba ternampak ribuan ikan melompat-lompat menuju ke pantai dibawa ombak sebelum terdampar.
“Saya ada mendengar kejadian seperti ini pernah berlaku, apa yang saya lihat ini amat menghairankan kerana belum pernah ikan yang begitu banyak tiba-tiba terdampar di pantai,” katanya.

M Nasir bersuara


M Nasir bersuara
Sifu muzik perjelas isu terima anugerah 14 kali, cipta hampir 2,000 lagu sejak 1970-an

Jarang sekali seniman bernama Datuk M Nasir ini dilihat tampil ke depan untuk memperjelaskan kedudukan sebenar berhubung sesuatu kontroversi. Apatah lagi dirinya sendiri kurang dikaitkan dengan cerita panas yang mencalarkan imej.

Namun, sekiranya dirasakan perlu, komposer dan penyanyi tersohor ini tidak keberatan untuk membuka mulut menghuraikan sesebuah persoalan mengaitkan diri mahupun kerjaya seninya. Itulah juga yang dilakukan M Nasir apabila ada sesetengah pihak dikatakan mempertikaikan pencapaiannya menerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak buat kali ke-14 pada Malam Mesra Badan Pelindung Hak Cipta Muzik (MACP) 2013, baru-baru ini.
 
Begitupun, sifu muzik ini seboleh-bolehnya enggan memanjangkan isu terbabit. Kata M Nasir, tiada guna dia memperjelaskan peranan MACP, sebaliknya pihak yang mempertikaikan pencapaiannya itulah yang seharusnya perlu maklum objektif badan berkenaan ditubuhkan.


“Saya tidak perlu marah atau berang apabila ada yang pertikaikan kenapa saya masih dipilih sebagai penerima anugerah itu. Sepatutnya, sebelum perkara terbabit hendak dijadikan isu, pihak itu sendiri perlu tahu apa tujuan anugerah berkenaan diwujudkan.

“Dia pertikaikan kelayakan saya sebab dia tidak faham. Saya bukan baru setahun atau dua buat lagu. Sebaliknya saya sudah menghasilkan hampir 2,000 lagu dan masih lagi menulis sehingga kini.

“Saya juga bukan buat lagu untuk diri sendiri, sebaliknya untuk penyanyi lain juga. Saya kira, itu sudah cukup untuk menjelaskan kenapa saya masih dipilih sebagai penerima anugerah berkenaan,” katanya yang ditemui pada sidang media mengumumkan konsert tahun baru anjuran sebuah bank di Putrajaya, minggu lalu.

Belum putus serah trofi
Baru-baru ini, pemberian anugerah tertinggi kepada M Nasir nyata tidak disenangi sesetengah pihak, apabila mereka mencetuskan pertikaian berhubung kehebatan pencipta lagu dan penghibur kelahiran Singapura itu, sehingga tiada calon lain lebih layak untuk menerima anugerah terbabit.

Ditanya adakah dia rela melepaskan anugerah itu ke tangan komposer lain tahun depan, berikutan wujudnya pihak yang mempertikaikan pencapaiannya itu, M Nasir menyerahkan perkara berkenaan kepada keputusan yang dicapai MACP pada mesyuarat mereka akan datang.

“Saya belum membuat sebarang keputusan, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada MACP untuk membuat keputusan, pada mesyuarat akan datang,” katanya yang mula aktif dalam bidang muzik sejak 1979.

ASN umum dividen 6.45 sen seunit

Kuala Lumpur: Pelabur Skim Amanah Saham Nasional (ASN) akan menerima dividen 6.45 sen bagi setiap unit saham tahun ini, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh 13 tahun.

Jumlah itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding tahun sebelumnya 6.30 sen seunit. Ia bakal membabitkan 1.25 juta pemegang unit yang melanggan 1.55 bilion unit ASN.

 Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata agihan itu sesuai dengan objektif ASN serta selaras perkembangan ekonomi dan pasaran saham semasa.


“Lembaga Pengarah ASNB bersetuju memperuntukkan RM100.27 juta sebagai pembayaran pengagihan pendapatan ASN bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013,” katanya dalam majlis pengumuman agihan pendapatan itu di sini semalam.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Prestasi ekonomi, saham baik

Ahmad Sarji berkata, secara umumnya prestasi ekonomi dan pasaran saham negara adalah baik sepanjang tahun ini walaupun persekitaran pelaburan berhadapan keadaan tidak menentu berikutan krisis hutang negara Eropah yang berpanjangan dan pertumbuhan ekonomi China semakin rendah serta kebimbangan pelabur terhadap pengumuman penarikan balik dasar pelonggaran kuantitatif oleh Amerika Syarikat.
Beliau berkata, sebagai tabung harga berubah-ubah, matlamat ASNB adalah bagi menjana pertumbuhan modal dan pengagihan pulangan yang berpatutan secara berterusan.

Sehingga 21 Disember 2013, ASN meraih pendapatan kasar RM128.61 juta dengan pendapatan keuntungan jualan saham menyumbang RM82.59 juta atau 64.22 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar.

Beliau berkata, pendapatan dividen diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM34.67 juta atau 26.96 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar, manakala baki RM11.35 juta atau 8.82 peratus daripada pendapatan lain.

Pengiraan pengagihan pendapatan ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2013, iaitu hari terakhir tahun kewangan tabung ASN. Ia akan dilabur secara automatik dan dikreditkan dalam buku pelaburan pemegang unit, berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember 2013.

Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASN di pejabat ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014. Penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan akan dihantar mulai akhir Februari depan.

Ketahui Rahsia Pelaburan dalam ASB

Hari ini anda bertuah untuk membaca artikel mengenai Pelaburan ASB, ramai yang tidak mengetahuinya, tetapi saya akan berikan anda peluang bagaimana untuk memiliki keuntungan dan gandaan yang terbaik hanya melalui Pelaburan ASB.

Rahsia Pelaburan ASB

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut apa itu pelaburan ASB, baca sehingga habis link yang telah saya sediakan untuk anda.

Pelaburan ASB ini membuatkan anda tidak tidur lena dibuatnya setelah anda mengetahuinya.

Rahsia Pelaburan ASB

Inilah teknik orang bijak wang digunakan bagaimana untuk memiliki kereta, rumah atau percutian tanpa menggunakan duit sendiri. Jika serius ingin tahu bagaimana, terus klik pada link yang disediakan.

Kim Swee tidak mahu ada 'penumpang' dalam pasukan

Kuala Lumpur: "Saya tidak mahu ada penumpang dalam pasukan ini," kata Ketua Jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee dalam membuat pemilihan barisan terbaik dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA buat kali ketiga berturut-turut di Myanmar 2013.

Pengendali dari Melaka itu juga mengingatkan pemain yang pernah beraksi di Jakarta dua tahun lalu supaya tidak mengambil mudah betapa tempat mereka sudah terjamin. 

Malah, beliau menegaskan aksi menentang kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu, esok menjadi medan terakhir untuk setiap pemain membuktikan kemampuan sebenar.


“Ini satu perlawanan yang begitu baik buat kami. Peluang buat mereka membuktikan sesuatu untuk terpilih ke Myanmar nanti.

Latihan lebih awal

“Semuanya terpulang kepada keinginan pemain itu sendiri. Kalau mereka tidak ambil peluang ini, mereka akan kena tinggal. Walaupun dua tahun lalu mereka ada dalam pasukan, itu bukan jaminan untuk sekali lagi terpilih,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selain FC Ryukyu, Harimau Muda juga mengadakan perlawanan pemanas badan menjelang temasya itu dengan menentang Johor Darul Ta'zim II (JDT 11) yang berkesudahan seri 0-0, minggu lalu.
Sementara itu, Kim Swee mengambil inisiatif menjalani latihan lebih awal di bawah cuaca panas bagi membiasakan pemain dengan keadaan di Myanmar yang menyaksikan Malaysia dijadualkan beraksi pada sebelah petang.

“Kami cuba menjalani latihan pada sebelah petang lebih awal sebagai persediaan menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Myanmar nanti.

“Namun hari ini (semalam) cuaca tidak mengizinkan berikutan hujan. Tetapi itu tidak mematahkan semangat seluruh pasukan untuk cuba melakukan yang terbaik,” katanya.

Antara Ustaz Kazim dan ulama ekspres

Kelmarin, UMNO mengumumkan pelantikan sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu. Menariknya, muka baru yang dilantik termasuklah pendakwah terkenal, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada Ustaz Kazim kerana berani menerima pelantikan itu. Sememangnya tidak ramai tokoh agama mahu masuk UMNO mungkin kerana takut dikritik dan dicemuh atau bimbang kehilangan populariti. 

Malah, sebaik tersebar berita pelantikan Ustaz Kazim, ramai pihak membuat pelbagai komen negatif dan melabelkan tokoh agama itu sebagai macai dan anjing UMNO.


Kalau sebelum ini hos program Kalau Dah Jodoh itu dikagumi dan dihormati, tetapi dalam sekelip mata Ustaz Kazim dihina seolah-olah tokoh agama itu melakukan dosa besar semata-mata kerana menyertai UMNO.

Fenomena ini bukanlah baru. Sudah ramai ulama dan tokoh agama melalui episod yang sama apabila menyertai UMNO atau menampakkan kecenderungan menyokong UMNO atau kerajaan.

Apakah status ulama atau tokoh agama akan gugur secara automatik apabila menyertai atau menyokong UMNO dan kerajaan? Adakah menjadi satu kesalahan atau larangan bagi tokoh agama untuk berpolitik atas platform UMNO?

Ironinya, tidak pula berlaku polemik atau kontroversi apabila ulama atau tokoh agama bermain politik atas pentas PAS.
Lebih mengejutkan, personaliti yang baru sehari dua mendalami agama dipuja dan pandangannya diterima kerana berceramah atas pentas PAS.

Sebab itu, kebelakangan ini kita melihat semacam satu trend banyak ulama atau ustazah ekspres dilahirkan PAS. Ini termasuklah di kalangan artis, pesara kerajaan dan tokoh korporat. Malah, pemimpin bukan Islam dari parti sekutu PAS – DAP dan PKR pun boleh jadi ulama ekspres.

Mungkinkah ini muslihat PAS untuk menguatkan lagi persepsi umat Islam Melayu kononnya UMNO bukan parti yang memperjuangkan Islam?

Hakikatnya, PAS kini semakin jauh menyimpang daripada perjuangan asalnya. Malah, pengaruh ulama dalam PAS juga semakin terhakis seperti yang dicerminkan dalam pemilihan parti itu, baru-baru ini.

Sebaliknya, UMNO terus konsisten memperjuangkan agenda Islam. Terbaru, UMNO memasukkan cadangan penubuhan suruhanjaya bagi memelihara kepentingan dan kesucian Islam dalam usul agama yang akan dibentangkan pada perhimpunan agung parti itu, bermula esok.

Perlembagaan UMNO berkaitan status Islam juga mahu dipinda bagi memperkukuhkan lagi agenda memperjuangkan Islam. Bagi merealisasikan agenda ini, sudah tentu UMNO memerlukan sokongan ulama dan cendekiawan Islam.

Justeru, kita berharap lebih ramai ulama dan tokoh agama mencontohi Ustaz Kazim yang sanggup mengorbankan popularitinya demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Insya-Allah.