Taufik Batisah Tak Suka Dikongkong Wanita

Penyanyi lelaki kacak kelahiran Singapura yang tengah hot sekarang ni, bertambah panas apabila muncul dari program Maharaja Lawak Mega sebagai juri tetap, selain gosip bercinta dengan Fazura juga salah seorang juri profesioanl. Mereka pernah membuat peminat hiburan tempatan ‘gempar’ dengan hubungan mereka. Taufik Batisah, 34, pernah menyatakan Fazura seorang gadis cantik yang sopan, baik budi dan berbakat. Malah ada juga yang mengatakan pasangan ini bertunang. Fazura juga ada membalas kenyataan tentang lelaki itu, dan menyatakan Taufik seorang lelaki yang bijaksana dan Fazura sendiri akui meminati lelaki yang bijak.

“Gosip ini tidak benar, maka saya tidak mahu ambil pusing dan terlalu memikirkannya. Pada saya, gosip ini juga sebahagian daripada lumrah kehidupan artis,” katanya. Selain  itu, Taufik juga memberitahu, dia juga sukakan kebebasan dan tidak mahu terkongkong. Beliau mengambil contoh segelintir kawan-kawannya yang tidak bebas apabila berada di dalam sebuah perhubungan, yang mencetuskan idea mencipta lagu “Awak Kat Mana”.
“Saya sukakan kebebasan dan terus terang memang tak boleh terima jika diri dikongkong. Sekiranya saya berada di tempat rakan saya yang mempunyai kekasih terlebih prihatin ini, perkara pertama dilakukan adalah berbincang. Jika tidak berkesan, saya angkat kaki,” jelasnya lagi, yang mengakui masih lagi solo. Nampaknya, masih ada chance lagilah awek-awek di luar sana. Yang pasti syaratnya, jangan banyak tanya soalan ‘Awak Kat Mana?’ ya..