Dazrin Kemalangan

Jika melihatkan kepada keadaan kereta Dazrin yang terlibat dengan kemalangan ini mungkin ramai yang tidak menyangka pelakon ini berada didalam keadaan yang baik dan tidak mengalami kecederaan yang serius. Selain dari cermin depan pecah teruk, bahagian depan keretanya turut rosak teruk dan tidak mampu untuk bergerak lagi.

Mengikut sumber, Dazrin telah terlibat dengan kemalangan jalan raya semalam akibat telah bertembung dengan sebuah lori. Bukan itu saja, rakan artis iaitu Salwa Razak memaklumkan punca kemalangan tersebut adalah berpunca dari keadaan pelakon ini yang mengantuk sehingga gagal mengawal keretanya. Sejauh mana kebenaran tersebut masih belum dikenal pasti.

Diharapkan pengguna jalan raya akan terus berhati-hati ketika memandu dan yang paling penting berehat di perhentian rehat yang telah disediakan kerana kita mungkin membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Semoga cepat sembuh, Dazrin Kamarudin!