Rozita Che Wan Bertudung

Nampak gayanya semakin meriah industri tempatan apabila ramai selebriti tanahair telah memakai tudung. Ini suatu fenomena yang sangat bagus dan wajar dijadikan tauladan. Terbaru pelakon dan pengacara Rozita Che Wan telah pun memakai tudung. Umum mengetahui Che telah mengerjakan umrah bersama suami tercinta iaitu Zain Saidin dan baru sahaja pulang ke Malaysia.
 

Pengurus Che Ta iaitu Afeeq Abdul Wahab telah mengesahkan perkara tersebut di laman Instagramnya.

“Alhamdulillah @rozitachewan1 & @therealzainsaidin selamat pulang dr tanah suci.. Syukur kepada yang maha esa yg telah membukakan hati Che Ta yang kini tampil dengan imej terbaru.. Alhamdulillah..”

Mungkin ada peminat yang terkejut dengan perubahan Che Ta dan mungkin juga tidak. Rata-rata peminat memberi komen yang positif dan menerima baik perubahan yang dilakukan Che Ta. Tetapi tidak kurang juga yang memberi kritikan. Rasanya tidak wajar untuk mempertikaikan perubahan Che Ta kerana ia bukannya perubahan yang buruk tetapi untuk kebaikan dirinya.

Jangan pula ada yang mengatakan semata-mata untuk berfesyen. Bila tidak bertudung, ada yang komen bila mahu bertudung. Bila sudah bertudung lain pula komen yang keluar. Apa-apa pun tahniah buat Che Ta dengan perubahan yang telah anda lakukan.