Lagu 'Rindu' Bukan Respond Kepada 'Apa Khabar'

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi rappers serta komposer terkenal Malique. Mempunyai syarikat label Qarma MusiQ, penyanyi ini masih tetap dengan pendirian untuk tidak mahu terdedah dengan media tempatan. Walaupun begitu, hasil karya bekas kumpulan anggota ”Too Phat” ini tidak pernah mengecewakan apabila lagu ciptaanya seperti Senyum, Teman Pengganti, Maafkan Kamu dan lain-lain sentiasa mendapat tempat dihati peminat.

Kini, Malique kembali dengan lagu ciptaan terbaru berjudul 'Rindu'. Lagu yang dinyanyikan oleh Shae dan kumpulan Nukilan dikatakan mempunyai ceritanya yang tersendiri apabila dikatakan respond kepada lagu Apa Khabar yang dibawa oleh Joe Flizzow.

Perkara tersebut walaubagaimanapun dinafikan oleh Joe Flizzow yang mendakwa ianya tidak benar serta Malique sendiri telah menghubunginya berhubung dengan lagu terbaru itu. Tambahnya lagi, terus terang untuk mengatakan ia tiada kena mngena dengan lagu Apa Khabar dan berharap agar spekulasi tersebut dihentikan segera.

Dalam pada itu, Joe turut gembira dengan perkabaran positif Malique selepas agak lama menyepi dengan penghasilan lagi baru. Bukan itu saja, dia turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Malique dan berharap agar karya terbarunya itu bakal memeriahkan serta mengukuhkan lagi industri muzik tempatan.

Related Posts:

  • Awie Bekerja Keras Demi Anak-Anak Jika dahulu sebut sahaja nama Awie, kita sudah membayangkan filem Sembilu, Maria Mariana, Merah, Tragedi Oktober dan sebagainya. Semua filem-filem tersebut kebanyakkan kisah cinta walhal Awie, seorang rockers tetapi b… Read More
  • "Rendahkan ego" - Sharnaaz Ahmad Sharnaaz Ahmad bukan nama asing dalam industri tanahair. Begitu komitmen dalam menjalankan tugasnya sebagai penggiat seni atau lebih mudah digelarkan pelakon. Tegas dalam mempertahankan hak mahupun apa jua kata-kata y… Read More
  • Harimau Muda A garang benam Laos 4-0 KUALA LUMPUR: Misi mengutip tiga mata penuh pada perlawanan kedua Kumpulan A di Sukan Asia disempurnakan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Laos, di Stadium Ansan, Incheon, Korea … Read More
  • Liyana Jasmay Hasilkan Jubah Perjumpaan antara Liyana Jasmay dan Bella Ammara dan suami, telah menghasilkan sebuah persetujuan di mana, mereka berkolaborasi dalam menghasilkan koleksi yang terbaru. Menamakan koleksi tersebut sebagai BELLALIYANA01… Read More
  • Madeena Sentiasa Di Hati Mizz Nina Sejak dulu lagi penyanyi terkenal Mizz Nina sentiasa membuat satu anjakan khusus demi peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepadanya. Selepas berhijrah dan mengambil keputusan untuk berundur dari nyanyia… Read More