Adik Fasha Sandha Berlakon Dalam Anak Mami

Dalam industri hiburan, ada beberapa artis yang mempunyai pertalian darah seperti adik, abang dan juga kakak. Apabila kita sebut Ziana Zain, pasti teringatkan Anuar Zain. Norman, Yusry dan Edry pula adik-beradik yang berjaya melebarkan empayar mereka dengan jenama mereka iaitu KRU. Keluarga Ngasri iaitu Darling, Belle dan Anne, siapa tidak kenal dengan lakonan yang hebat dan bersahaja dari mereka. Bagi pengarah pula kita ada Aziz M.Osman dan Zulkifli M.Osman. Kini adik-beradik yang sentiasa disebut—sebut ialah Nelydia dan Uqasha Senrose. Tidak lupa legasi Dato’ Yusof Haslam, siapa lagi kalau bukan Syamsul dan Syafiq yang kedua-duanya pengarah yang berjaya.

Terbaru adik kepada Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha telah cuba berjinak-jinak dalam dunia lakonan seperti kakaknya. Menerusi gambar yang dimuatnaik oleh Elisya di Instagram, dia akan berlakon dalam filem terbaru berjudul Anak Mami bersama kakaknya Fasha.

Tidak kurang juga cantik adik Fasha ini. Selepas ini pasti ramai pengarah yang akan panggil untuk berlakon dengan mereka. Fasha turut berpesan kepada adik kesayangannya itu supaya sentiasa ingatkan pelajaran.
 
Bertambah meriah industri tempatan Malaysia dengan kehadiran pelapis-pelapis baru dikalangan adik-beradik. Semoga Elisya berjaya seperti Fasha yang sememangnya diakui amat mementingkan displin dalam kerjayanya.