Kostum Cicakman 3 Bernilai RM100,000!

Filem Cicakman 3 akan berada di pawagam bermula 12 Mac 2015 adalah arahan Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar. Disebabkan pengambaraan untuk Cicakman 3 ini ditangguhkan beberapa kali kerana kesibukkan Yusry, akhirnya gabungan bersama Ghaz di lihat suatu kelainan bagi filem Cicakman 3. Menelan belanja sebanyak RM 3.5 juta dan 44 hari pengambaraan, Cicakman 3 mengetengahkan genre kekeluargaan.


“Jalan cerita Cicakman 3 sebenarnya lebih kearah kekeluargaan. Memang kami mahu menarik minat kanak-kanak untuk menonton filem ini. Genre sebegini jarang diterokai. Kami mahukan kelainan. Mengenai costume yang dipakai oleh Cicakman yang nampak agak tidak beberapa menarik, ia sebenarnya mengikut logik jalan cerita. Cicakman 3 mempunyai isteri dan anak. Dia  obsess kepada Cicakman. Costume pun dbeli di kedai costume kerana mahu meraikan hari lahir anaknya. Jadi ia kena selari dengan jalan cerita. Nanti costume yang hebat tetapi sebenarnya tidak kena dengan penceritaan”, jelas Yusry.

Menurut Norman Abdul Halim selaku penerbit, permintaan untuk Cicakman 3 di tayang di luar telah pun ada. “Singapura dan Brunei telah buat permintaan untuk kita tayangkan di sana. Semua dalam perancangan. In Sha Allah akan dipertimbangkan. Kami juga mahu mengekalkan jenama Cicakman itu sendiri. Kami juga dalam perancangan untuk membuat Cicakman ke versi drama siri.”.

Anda jangan tidak tahu, kos secara keseluruhan sebanyak RM100,000 hanya untuk menghasilkan dua kostum iaitu Cicakman dan juga Super-Bro yang dilakonkan oleh Fizz Fairuz. Bukan sahaja kostum yang mahal tetapi mereka juga telah menggunakan teknologi cetakan 3D dan ia agak lama untuk dihasilkan.Ia sangat berat kerana menggunakan getah dan sukar untuk dipakai.

“Memang seksa hendak pakai kostum itu. Ia mengambil masa lebih kurang tiga jam semata-mata untuk memakai kostum tersebut. Semasa memlakukan babak pergaduhan, pergerakan saya lagi sukar. Tetapi tidak mengapa kerana itu semua berbaloi”, kata Fizz Fairuz

Cicakman 3 mengisahkan Cicakman yang terdahulu telah meninggalkan Bandar Metrofulus. Man(Zizan Razak) merupakan peminat setia yang taksub dengan Cicakman sehingga isterinya, Linda (Lisa Surihani) memfailkan perceraian disebabkan tingkah laku Man yang tidak matang. Man bertambah tertekan dengan kehadiran Inspektor Adam(Fizz Fairuz) yang cuba memenangi hati Linda. Kehidupan Man berubah apabila dia menemui serum kepunyaan Cicakman yang memberikan Man kuasa luar biasa. Sementara mempelajari untuk mengawal kuasa dan menjadi adiwira di Bandar Metrofulus, Man menghadapi cabaran baru dengan kemunculan seorang adiwira baru iaitu Super-Bro.