Arja Lee Tidak Pernah Berkasar

Sebelum ini kita ada mendengar bahawa pelakon dan penyanyi Arja Lee pernah menolak tawaran dari sebuah syarikat produksi drama secara kasar dan ianya sedikit sebanyak memberikan imej buruk buat pelakon ini.

Namun, dakwaan tersebut dinafikan oleh Arja Lee apabila sebenarnya dia agak terkilan dan kecewa dengan berita khabar angin tersebut yang cuba untuk menutup rezekinya. Bukan itu saja, Arja turut menjelaskan faktor sebenar mengapa dia menolak tawaran tersebut kerana di atas komitmen lain serta mengakui tidak mampu memberikan fokus yang sepenuhnya jika menerimanya.

Arja Lee dalam masa yang sama, tidak menyangka isu tersebut sengaja diperbesarkan dan menganggap ianya sebagai asam garam didalam industri seni. Selain mempunyai pendirian tersendiri, pelatun lagu Cerita Pada Mereka ini bertegas tidak pernah menolak mana-mana tawaran secara kasar dan sentiasa bersikap professional ketika bekerja.