Cuiaba, Brazil: Seramai 28 banduan
meloloskan diri dari penjara Nova Mutum selepas beberapa wanita memperdaya tiga
wardar dengan menggoda mereka untuk mengadakan parti seks liar.
Tiga wanita - termasuk teman wanita
seorang daripada banduan di penjara itu - tiba kira-kira jam 3 pagi Jumaat lalu
dan meminta dibenarkan masuk untuk “berborak sambil minum-minum.”
Selepas berjaya memujuk wardar
bertugas, mereka memujuk petugas penjara terbabit ke tempat tidur.
Ketua Polis Brasilia, Angelina de
Andrade Ferreira berkata, wardar terbabit kemudian diberi arak sehingga mabuk.
“Akibat minum wiski murah dan diberi
dadah, wardar pengsan.
“Wanita terbabit kemudian selamba
membuka pintu pagar utama yang menuju ke lokap tahanan dan dengan mudah banduan
keluar mengikut pintu depan,” katanya.
Polis menemui beg berisi baju dalam
mengghairahkan - termasuk bertema ala polis - yang digunakan wanita terbabit.
Pihak berkuasa percaya rancangan itu
buah fikiran Bruno Amorim, 18, yang menjalani hukuman kerana cubaan membunuh,
merompak dan memiliki senjata api.
Angelina berkata, semua banduan yang
melepaskan diri turut melarikan raifal, senapang, pistol dan peluru.
Tiga wardar terbabit sudah ditahan
dan akan dikenakan didakwa kerana membantu banduan melarikan diri.
Lapan daripada banduan terbabit
berjaya ditahan semula. - Agensi