Kuala Lumpur: “Memang betul saya
yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata
pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya
dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.
Menurutnya, apa yang dilakonkan
sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia
mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.
Salah satu adegan membabitkan Rusdi
dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama
selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini
dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.
“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rusdi, 43, berkata, penggambaran
filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam
filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala
Nora berasal daripada keluarga di bandar.