• =>

Ringgit dibuka rendah, 4.3040 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang lemah terhadap mata wang tempatan dan kebimbangan terhadap kejatuhan harga minyak. 

Pada jam 9.16 pagi, mata wang tempatan itu berada pada paras 4.3040/3130 berbanding dolar AS berbanding 4.2870/2940 yang dicatatkan pada Jumaat lalu. 

Peniaga berkata, sementara kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS meredakan sesetengah ketidaktentuan, pelabur di pasaran baharu muncul menumpukan kepada perkara lain seperti kejatuhan harga minyak. 

Harga kontrak minyak AS semasa berada pada paras AS$35 setong, paras terendah dalam tempoh enam tahun. Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain. 

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0456/0532 berbanding 3.0344/0400 yang dicatatkan pada Jumaat dan jatuh berbanding yen kepada 3.5509/5598 daripada 3.5342/5414. 

Ringgit juga susut berbanding pound kepada 6.4173/4333 berbanding 6.4039/4161 dan rendah berbanding euro kepada 4.6789/6904 daripada 4.6415/6495. - Bernama.



Pemancing Jumpa Kaki Manusia

NIBONG TEBAL: Seorang pemancing terkejut menemui bahagian kaki dipercayai milik seorang mangsa kemalangan yang dibuang ke sungai berdekatan Jeti Batu Musang, Batu Kawan, semalam. 

Pemancing berusia 30-an itu dikatakan sedang memancing di kawasan tebing berkenaan kira-kira jam 4.30 petang, apabila terlihat satu objek terbenam di dalam selut. Beliau kemudian memeriksa objek itu dan mendapati ia kaki manusia dari bahagian lutut ke bawah. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Deputi Superintendan Shariffudin Abdullah, berkata bahagian kaki itu dipercayai dibuang ke dalam sungai oleh waris mangsa kemalangan motosikal pada 15 Disember lalu. "Bahagian kaki itu telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan kita akan memanggil waris mangsa kemalangan bagi memudahkan doktor melakukan ujian DNA. "Ini untuk memastikan kaki yang dibuang itu adalah benar milik mangsa," katanya pada sidang media di sini, petang tadi.


Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam Tahun 2016

Tarikh pembayaran bonus kakitangan awam 2016. Pengumuman pembayaran bonus kakitangan awam atau pembayaran imbuhan khas telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015. Untuk makluman juga, pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sebanyak RM250.

Berikut adalah Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2016 buat panduan kakitangan dan pesara kerajaan yang akan menerima bayaran pada Januari 2016 nanti :-


  • Tarikh Bayaran : 4 Januari 2016
  • Jumlah Pemberian Khas : RM500 (Kakitangan Kerajaan) & RM250 (Pesara Kerajaan)
Semoga Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2016 ini dapat membantu menampung perbelanjaan kehidupan yang semakin meningkat kini disamping dapat menambah gaji bulanan terutama pada bulan Januari 2016 nanti.