SERI MANJUNG: Unit Antipemerdagangan Orang (ATIP) Polis Bukit Aman
berjaya menyelamatkan 108 wanita warga Vietnam yang menjadi mangsa
dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO) di dua premis di sini dalam
operasi bermula malam tadi hingga awal pagi tadi.
Semua wanita berusia 16 hingga 32 tahun itu dipercayai diperdaya untuk datang ke negara ini sebelum dipaksa menjadi GRO di sebuah pusat hiburan dan sebuah restoran di sini.
Semua wanita berusia 16 hingga 32 tahun itu dipercayai diperdaya untuk datang ke negara ini sebelum dipaksa menjadi GRO di sebuah pusat hiburan dan sebuah restoran di sini.
Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap
(D7) Bukit Aman, Superintendan Ang Ah Ban, berkata dalam operasi bermula
jam 11 malam hingga 2 pagi itu, seramai 100 pelanggan turut ditahan
untuk disoal siasat bagi mengenal pasti pemilik sebenar dua premis
terbabit.
"Ini adalah kes terbesar kami berjaya menyelamatkan mangsa pemerdagangan manusia," katanya ketika ditemui selepas tamat operasi awal pagi tadi.