• =>

Ringgit dibuka rendah, 4.3040 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang lemah terhadap mata wang tempatan dan kebimbangan terhadap kejatuhan harga minyak. 

Pada jam 9.16 pagi, mata wang tempatan itu berada pada paras 4.3040/3130 berbanding dolar AS berbanding 4.2870/2940 yang dicatatkan pada Jumaat lalu. 

Peniaga berkata, sementara kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS meredakan sesetengah ketidaktentuan, pelabur di pasaran baharu muncul menumpukan kepada perkara lain seperti kejatuhan harga minyak. 

Harga kontrak minyak AS semasa berada pada paras AS$35 setong, paras terendah dalam tempoh enam tahun. Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain. 

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0456/0532 berbanding 3.0344/0400 yang dicatatkan pada Jumaat dan jatuh berbanding yen kepada 3.5509/5598 daripada 3.5342/5414. 

Ringgit juga susut berbanding pound kepada 6.4173/4333 berbanding 6.4039/4161 dan rendah berbanding euro kepada 4.6789/6904 daripada 4.6415/6495. - Bernama.