Kuala
Pilah: “Walaupun tandas berbau busuk dan hancing, saya tidak peduli, asalkan
membantu menyuap makanan kepada Alang.
“Saya
lakukan semua ini bukan mencari publisiti, tetapi atas belas ihsan sesama
manusia,” kata penduduk dikenali Johan, 40, ketika menceritakan kehidupan warga
emas, Ahmad Topee Mohd Yusof, 71, yang terlantar akibat lumpuh dalam tandas di
rumahnya di Kampung Sikai, Gunung Pasir, Seri Menanti, di sini.
Johan
yang enggan mendedahkan identitinya mengakui, walaupun dia tidak mempunyai pertalian
keluarga, tetapi tetap menguruskan warga emas dikenali sebagai Alang selepas
keluarga terdekat serta penduduk tidak mempedulikannya.
Katanya,
warga emas terbabit sebelum ini tinggal bersendirian di rumah itu sebelum
dijaga anak saudaranya, dua bulan lalu.
“Saya
mula menjaganya sejak akhir Jun lalu, malah dimaklumkan, dia menerima bantuan
bulanan RM300 lebih 10 tahun lalu dan wang ini saya gunakan membelikan makanan
selain memasak untuknya,” katanya memaklumkan menghantar makanan tiga kali
sehari buat warga emas itu.