Uji Bakat AF 2015 Akan Bermula Mei Ini!

 
Astro Ria akan meneruskan misi pencarian  bintang sebenar menerusi AF 2015 di empat buah negeri iaitu Pulai Pinang, Sabah, Johor dan Kuala Lumpur untuk musim yang terbaru. Bukan itu sahaja, calon peserta juga kini boleh memilih untuk menghantarkan penyertaan dengan memuat naik video nyanyian mereka menerusi laman Instagram dengan hashtag #BakatAF015.

AF 2015 juga bakal membawa masuk khidmat lima nama besar yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang amat luas dalam industri seni tanah air iaitu Datin Marlia Musa, Edrie Hashim, Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi, dan Cikgu Shahrol sebagai juga tetap yang dipertanggungjawab untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang ditetapkan untuk sesi uji bakat di setiap lokasi yang terpilih.

Program Akademi Fantasia 2015 juga dijadualkan untuk bersiaran di Astro Ria menerusi saluran 104 bermuka Ogos ini. Butiran lanjut akan diumukan dalam sidang media yang akan datang kelak.
Tarikh Lokasi Uji Bakat:
  1. St Giles Wembley & Cititel Express, Pulau Pinang – 2 & 3 Mei 2015
  2. 1Borneo Hotel, Kota Kinabalu – 9 & 10 Mei 2015
  3. Berjaya Waterfront, Johor Bahru – 23 & 24 Mei 2015
  4. Kompleks Sukan Negara, Kuala Lumpur – 30 & 31 Mei 2015
Syarat Uji Bakat:
  1. Terbuka kepada peserta lelaki dan wanita
  2. Berumur 18 – 35 tahun (pada tarikh uji baat diadakan)
  3. Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan
Untuk maklumat lanjut menegnai AF 2015, sila layariwww.af.com.my atau ikuti akaun rasmi media sosial di Instagram (AkademiFantasia), Facebook (AkademiFantasia) dan Twitter (@AkademiFantasia).