Jaclyn Victor Umum Kehamilan


Umum mengetahui yang penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor telah pun berkahwin dengan salah seorang penyanyi kumpulan Az Yet iaitu Shawn Rivera pada 19 Julai 2014. Dan pagi ini, menerui laman Facebook dan juga instagramnya, Jac telah mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil di trimester kedua dan mereka berdua bakal menjadi ibu bapa tak lama lagi.

Dijangkakan Jac bakal melahirkan anak pertama mereka pada bulan Ogos 2015 ini dan jantina anak mereka masih belum diketahui dan Jac akan mengumumkan bila tiba saatnya nanti. Jac turut mengucapkan rasa kesyukuran apabila dirinya berpeluang untuk merasai semua pengalaman bergelar seorang ibu tak lama lagi.