Benjy didakwa lagi

Muar: Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, atau lebih dikenali sebagai Benjy dan rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi kerana mengedar dadah.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka dituduh mengedar dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 1.3 kilogram yang ditemui dalam kereta dinaiki mereka ketika sekatan jalan raya di hadapan stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar pada 27 Mac lalu.

Ketika mendengar pertuduhan yang dibacakan di depan Majistret Mohd Syafiq Mustaza, kedua-dua suspek hadir ke mahkamah dengan memakai pakaian lokap polis hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan.

Mohd Syafiq kemudiannya menetapkan 28 Mei nanti sebagai tarikh sebutan semula kes itu.