GANDINGAN bergu negara,
Tan Boon Heong (kanan) dan Hoon Thien How ketika bertemu bergu dari
India, B Sumeeth Reddy-Manu Attri pada aksi sulung Kumpulan D, kempen
Piala Thomas di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India semalam.
Bergu negara menang 21-14, 21-11. - Foto Goh Thean Howe
Boon Heong bantu skuad Piala Thomas negara langkah kananNew Delhi: Selepas hampir tiga bulan tidak mempunyai gandingan tetap, pemain beregu negara, Tan Boon Heong mengakui puas dapat melepaskan geram dengan menyumbang mata kedua bagi membantu skuad negara menewaskan India 4-1 dalam aksi sulung Kumpulan D kempen Piala Thomas di Stadium Tertutup Siri Fort, semalam.
“Ini adalah permulaan yang baik untuk kami, lagipun memang saya sudah lama bersedia untuk Piala Thomas kali ini (sudah lama tidak beraksi dalam kejohanan besar).