Blog Rezeki Perantau adalah sumber yang memberikan anda maklumat terkini. Tampil dengan cerita panas artis, agama, isu semasa, sukan dan macam-macam lagi, semuanya untuk anda.
Pages
▼
Pahang Juara Piala FA
Shah Alam: Dua jaringan Pahang pada lewat perlawanan membolehkan Tok Gajah menjulang Piala FA edisi ke-25.
Anak buah Zainal Abidin Hassan menewaskan FELDA United FC (FUFC) 2-1 dalam final di Stadium Shah Alam.
Bagaimanapun FUFC mendahului pada minit ke-22 hasil jaringan Edward Junior Wilson selepas Zah Rahan Krangar memulakan gerakan menarik dari tengah padang.
Tersentak dengan jaringan itu Pahang mula mengatur gerakan bahaya dan hampir menjaringkan gol penyamaan melalui Azidan Sarudin yang menyaksikan tandukannya menggegar palang gol FUFC pada minit ke-38.
Pahang akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 apabila pemain gantian, Mohd. Faizol Hussain melakukan rembatan dari luar petak penalti menewaskan penjaga gol, Mohd. Farizal Harun.
Jaringan kemenangan Pahang akhirnya hadir pada minit ke-89 menerusi tolakan Dickson Nwakaeme.
Info Blog