Blog Rezeki Perantau adalah sumber yang memberikan anda maklumat terkini. Tampil dengan cerita panas artis, agama, isu semasa, sukan dan macam-macam lagi, semuanya untuk anda.
Pages
▼
Los Ticos cipta kejutan untuk Costa Rica
Fortaleza: Costa Rica mencipta kejutan dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan D apabila berjaya menundukkan Uruguay 3-1 di Estadio Castelao awal pagi ini.
Los Ticos yang berada pada ranking ke 28 dunia bangkit dari ketinggalan satu gol dengan meledak dua jaringan dalam tempoh tiga minit sebelum menambah derita Uruguay dengan gol ketiga pada minit-minit akhir permainan.
Terdahulu Uruguay mendahului menerusi sepakan penalti Edinson Cavani setelah Diego Lugano dijatuhkan oleh pertahanan Costa Rica, Junior Diaz.
Ketinggalan pada babak pertama tidak mematahkan semangat Costa Rica yang menyamakan kedudukan menerusi jaringan Joel Campbell yang beraksi cemerlang pada minit ke 54.
Tiga minit selepas itu Costa Rica pula mendahului apabila Oscar Duarte menanduk masuk hantaran sepakan percuma sebelum Marcos Urena menyudahkan hantaran Campbell pada minit ke 84.
URUGUAY: Muslera, Lugano (c), Godin, Gargano, Rodriguez, Forlan, Stuani, Pereira, Arevalo, Cavani, Caceres
COSTA RICA: Navas, Gonzalez, Umana, Borges, Duarte, Bolanos, Campbell, Ruiz (c), Díaz, Gamboa, Tejeda
PENGADIL: Felix Brych (Jerman)
Info Blog