SAO PAULO: Juara dunia lima kali Brazil mengurangkan tekanan yang
memuncak sebelum kejohanan bermula dengan kemenangan penting 3-1 ke atas
Croatia dalam saingan pembukaan Kumpulan A, Piala Dunia 2014 di Stadium
Corinthians Arena, sebentar tadi.
Dua jaringan daripada
bintang Barcelona, Neymar dan satu daripada Oscar mengesahkan tiga mata
untuk anak didik Luiz Felipe Scolari.
Terdahulu, Croatia berjaya mengejutkan Brazil hasil jaringan
menerusi gol sendiri pertahanan, Marcelo seawal minit ke-11.